Hari tu setelah membuat cucoq keria... masih ada baki ubi keledek lagi, fikir fikir punya fikir dengan beribu cadangan di kepala akhirnya jadilah bingka ubi keledek ni.. Bingka yang dibuat didalam tin muffin, lebih senang untuk dihidangkan, tak payah nak potong potong lagi. First time pulak tu, tak pernah pun mencuba membuatnya, tapi apabila di google, ada pulak resipi ini..
Rasanya pula seakan akan bingka pandan yang berteksturkan keledek gitu.. dengan sebiji keledek yang agak besar saiznya, dikisar terus ke dalam blender untuk mendapatkan kira kira 2 cawan pes keledek, ianya kemudian dicampurkan sahaja tepung, santan, telur dan gula kedalam nya, dituangkan ke dalam acuan muffin dan dibakar selama 30 minit hingga kekuningan.
Bahan Bahan
1 biji keledek (anggaran 1/2 kilo)
1 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan pati santan (santan kotak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil perisa ros
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil butter (untuk sapuan pada acuan)
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sapukan acuan muffin (12 mangkuk) dengan sedikit butter pada cawan muffin.
2. Potong keledek kecil kecil, kisar bersama setengah cawan air (tambah jika perlu) hingga menjadi pes sebanyak 2 cawan.
3. Masukan telur, gula, perisa ros, pati santan dan sedikit garam, kisar hingga sebati.
4. Masukan tepung gandum (sedikit sedikit) kisar hingga sebati.
5. Tuangkan kedalam acuan muffin dan bakar selama 30 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan