Khamis, April 24, 2014

Goreng Kacang Panjang



Salam Jumaat semua..  semua baraqah lah hendaknya pada  hari hari yang dilalui.  Lama juga tak updatekan blog dan lama juga tak masak dirumah kerana sibuk sedikit dengan urusan yang lain.

Memasak sayur adalah kemestian untuk kesihatan kan, walaupun dengan tumis yang mudah mudah pun cukup untuk melengkapkan juadah tengah hari.

Kali ini masakan kacang panjang goreng bersama udang kering bersama cili.  Sedap kalau dikenakan dengan nasi yang panas bersama juadah lain.  Tumisan pedas begini adalah menyerupai
saperti udang kering yang ditumbuk bersama cili merah dan cili padi, ditumis dengan sedikit minyak dan dimasukan sahaja sayur kacang panjang yang dipotong serong..

Bahan Bahan
1 mangkuk kacang panjang (dipotong serong)
2-3 sudu besar minyak
sedikit garam

Bahan tumbuk/kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cili padi (merah bercampur hijau)
2 cili merah
1 sudu besar udang kering (direndam sekejap)

1.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2.  Tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
3.  Masukan sedikit air. Renih hingga mendidih.
4.  Masukan kacang panjang, kacau goreng hingga sebati, tutup sebentar.
5   Masukan garam dan pastikan kacang lembut dan sambalnya agak kering..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan