Selasa, April 15, 2014

Muffin Pisang


Salam semua.. hari ini sihat sikit, terasa macam ada magic pula bila kerajinan membuat muffin pisang hari ini.. bukan apa, nak habis pisang yang dibeli hari itu.  Kalau dahulu membuat muffin pun terpaksa juga nak kena refer resepi, sekarang ini main main sukat sendiri jea lah... Alhamdulillah menjadi juga.. melihatkan dari bahan yang harus digunakan tidak ada, saperti butter maka pada adunan ini dicampurkan sahaja vitalite, kerana vitalite adalah menjadi favorite untuk sapuan roti bakar kerana tidak menggunakan butter.  Apabila cek stok dalam pantri, banyak benda yang dah habis.. nak kena beli grocery .. hmm malas nya!  So hentam sajalah dengan bahan bahan yang ada.

Hindangan yang kecil yang dapat menghasilkan 6 biji muffin.


Bahan bahan Kering
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cream of tartar
1/4 sudu kecil garam

Bahan Bahan Basah
1 biji telur
2 sudu besar vitalite
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula halus
1 sudu kecil esen ros
1 pisang berangan (dilenyek)

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 15 minit, aturkan cawan kertas pada tin muffin.
2. Satukan bahan kering dan ketepikan.
3. Pukul gula dengan telur hingga kembang, masukan susu, esen ros, kacau hingga sebati, masukan pisang dan kacau lagi.
4. Satukan adunan kering kepada adunan basah, kacau hingga sebati.
5. Masukan adunan kedalam acuan muffin sebanyak 3/4 memenuhi kertas muffin, bakar selama 30-35 minit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan