Isnin, April 14, 2014

Pisang Goreng Berbijan


               


Hari ini suruh Che Abe beli pisang, dibelinya pisang berangan, dipesankan pisang tanduk, memang susah nak cari pisang tanduk disini, kecuali di Johor, dimana semasa pergi Johor banyak benar yang dijual ditepi jalan.. Pisang Berangan pun sedap juga ,ada rasa masam manis gitu.. Pisang ini memang panjangkan, tapi kalau dipotong kecil kecil, comel lah sikit.

Penambahan bijan pada pisang goreng ini, merangupkan pisang dengan rasa bijan gitu.. Tepung pula dicampurkan serbuk penaik atau baking soda, ditambahkan sedikit kunyit untuk warna.. hmm.... pertama kali membuat pisang berbijan ini.. Sedap, tak caya cobalah..

Bahan Bahan
3-4 sudu besar tepung beras
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
3  ulas pisang berangan (dipotong serong)
1 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Bancuhkan tepung beras, serbuk penaik, garam, kunyit dengan sedikit air supaya adunan tidak terlalu nipis atau terlalu tebal.

2. Panaskan minyak, celupkan pisang, tabur bijan diatasnya, goreng hingga garing dan toskan diatas kertas dapur.  Hidang panas panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan