Isnin, April 28, 2014

Lassi Mangga


                 

             

Salam semua.. sekarang ni musim buah mempelam, macam macam mempelam yang terjual sana sini.. hmm.. tak cukup dengan itu, jiran sebelah beri lagi... wah! rezeki mempelamlah nampaknya...
Dik kerana tak ramai orang dirumah ini, takut juga ia akan menjadi busuk..  tak termakan juga lah nampaknya.  Akhirnya salah satu cara nak menghabiskan nya adalah dengan membuat 'Manggo Lassi' ni...  'refreshing' lah juga untuk hari ini.. malah setelah membuatnya masih ada berbaki, jadi dengan lebihan  adunan 'lassi' ini dijadikan 'ice cube' sahaja..  sekarangnya ada didalam peti sejuk, jadi kena lah tunggu hingga ia mengeras nanti.  Mempelam yang digunakan adalam mempelam siam yang masak ranum.

Bahan Bahan
1 gelas susu 'full cream'
1 mempelam siam (yang ranum - buang kulit ambil isinya)
1 cawan air batu (ice cubes)
3-4 sudu besar gula perang
sedikit garam

Masukan kesemua bahan dalam alat pengisar dan kisarkan hingga sebati. Tuangkan kedalam gelas dan tambahkan lagi air batu. Hidangkan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...