Selasa, April 08, 2014

Seafood Fettucine

Hari ini  malas nak makan nasi dah... nak masak yang mudah mudah aje.. Fettucine yang digoreng mudah dengan sayuran kubis ungu, lada benggala dan lain lain... satu masakan yang tidak pedas sesuai untuk hari hari yang malas.  Selebih hari boleh lah dihabiskan dengan mencari idea idea untuk membuat sesuatu yang dirasakan ringan sapeti mengupdate blog dan melayari internet..

                 

Sesuai untuk dua orang makan, jadi bahan bahan yang diperlukan tidaklah banyak mana, hanya dari bahan yang ada. Yang menarik untuk resipi ini adalah dari segi warna. Jarang sekali menggunakan kobis ungu ini. Tak kisah lah warna kubis kerana rasanya tak ubah saperti kobis biasa jua, ditambah pula dengan makanan laut saperti udang dan sotong yang berlebihan, cukuplah untuk menjadi rempah ratus dalam masakan ini..

Bahan Bahan
1 mangkuk Fettucine kering
6 ekor udang (dibuang kulit dan uratnya)
1/2 cawan hirisan sotong
1/2 cawan kobis bunga (dihiris)
1/2 cawan lobak merah (dihiris kecil)
1/2 cawan lada benggala hijau (dihiris)
1 biji tomato (di hiris kecil)
1/2 cawan hirisan daun sup dan daun bawang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
3-4 sudu besar air
1/2 cawan air
2-3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil lada hitam
garam dan lada sulah sebagai perasa
3-4 sudu besar minyak zaitun

1. Didihkan air didalam periuk dan masukan fettucine, didihkan hingga lembut.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan dahulu sotong, kacau seketika dan masukan udang.
4. Masukan garam, lada hitam, lada sulah dan kicap masin, masukan sedikit air. renih hingga mendidih.
5. Masukan lobak merah, kacau seketika sebelum memasukan kobis, kacau seketika.
6. Masukan fettucine yang dilembut goreng hingga sebati dan masukan lada benggala dan tomato.
7. Bancukan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan kedalam masakan.
8. Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang, kacau hingga fettucine menjadi lembut dan hidangkan panas panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...