250 ml air
125 butter
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil vanilla
1/4 cawan gula kaster
1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukan butter dan larutkan hingga hampir mendidih.
2. Masukan tepung gandum, kacau hingga tepung berkental dan tidak melekat pada periuk.
3. Alihkan daripada api, kacau dan sejukan sedikit (suam).
4. Masukan telur satu persatu, kacau hingga sebati.
5. Masukan gula dan vanilla, kacau rata.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C.
7. Masukan kedalam plastik yang dipotongkan hujungnya, bersama acuan berbentuk bintang.
8. Sediakan kertas diatas dulang pembakar dan tekankan adunan memanjang anggaran 1-2 inci. Lakukan process yang sama hingga habis dan bakar dalam anggaran 15 minit.(hingga kekuningan)
9. Taburkan gula kaster keatas churros dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan