Ini merupakan salah satu resepi Falafel yang pernah dibuat tetapi berbeza sedikit dari segi penambahan adunannya kerana ia lebih berperisa dengan campuran serbuk jintan manis, lada hitam, bawang besar halia dan bawang putih.
Mudah sahaja resepi ini kerana semua bahannya dikisar tidak payah membuat persediaan dari segi pemotongan bahan bahan yang banyak, yang perlu hanyalah kesabaran kerana jika and membeli kacang kuda yang perlu direndam, ia mengambil masa yang terlalu lama untuk kembang. Seelok eloknya jika berasa ingi membuatnya, rendamlah semalaman untuk dimakan pada pagi hari, kalau hendak membuatnya untuk minum petang, rendamlah pada waktu pagi.
Setelah dikisar kesemua bahan, bentukan sahaja dengan dengan tangan dan terus digoreng pada minyak yang panas atas api yang sederhana. Pentingnya adunanya haruslah senang dibentuk, jika terasa ia agak susah dibentuk masukan sahaja 2-3 sudu besar tepung gandum kedalamnya. Bagi mereka yang merasakan susah untuk membentuknya, gunakan sahaja sudu besar, bentuk dalam sudu dan larutkan kedalam minyak. Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak elok digaringkan sedikit (tidak hangus) supaya ia lebih rangup diluar dan lembut didalam.
Bahan Bahan
2 cawan kacang kuda (direndam selama 8 jam)
1 labu bawang besar (dibelah 3/4)
1 inci halia
2-3 ulas bawang putih
1 batang daun saderi (dihiris kasar)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada hitam/putih
1/2 cawan air
garam secukupnya
3-4 cawan minyak
1. Masukan kacang kuda yang telah direndam kedalam alat pengisar bersama bawang besar, halia, bawang putih, ketumbar dan daun saderi. Kisar kesemua bahan hingga menjadi pes, tambahkan air sedikit demi sedikit bagi memudahkan kisaran.
2. Masukan serbuk jintan manis, lada hitam/putih, garam, kisar hingga sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk.
4. Panaskan minyak diatas api yang sederhana, bentuk adunan sebesar sudu besar, goreng hingga hampir garing dan toskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan