Sabtu, Mei 31, 2014

Kek Cawan Kismis & Badam


Apabila teringatkan butter yang setengah digunakan dan rasanya elok dihabiskan sahaja dengan membuat kek cawan kismis dan badam untuk pagi ke petang ke tak kisahlah.. kerana apabila duduk dirumah tentu kalau dah ada juadah sebegini boleh saja di ulang makan apabila perlu.. Membuat kek yang mudah begini memang digemari daripada kek yang beraising kerana Masak Makan rasakan tak cukup dengan kemanisan kek ditambahkan pula dengan aising atau icing.. double trouble lah nampaknya.. belum apa apa deah kena diabetis pada usia yang muda nanti.


Bukan tak boleh buat tetapi kek yang berkerim sesuai untuk menyambut sesuatu peristiwa untuk mencantikan kek dan boleh membawa tema tema tertentu untuk majlis. Masih belum sampai ketahap untuk membuat kek sebegitu yang boleh juga mendatangkan hasil sampingan pada yang suka membuat kek.  Entahlah kalau ada minat dimasa hadapan mungkin hati terbuka jua...

Bagi Masak Makan yang penting adalh mendapatkan tekstur yang benar benar lembut dan gebu pada kek.  Kek cawan ini dihasilkan dengan tangan sahaja kerana memandangkan butter yang ada hanyalan anggaran setengah cawan yang dapat menghasilkan 6 biji kek cawan.  


Bahan Bahan
1 cawan buter
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penak (baking powder)
1/2 cawan hirisan badam
1/2 cawan kismid (dicincang)
1/2 cawan cokelat rice
1/4 sudu kecil garam

1.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah C,sediakan kertas cawan dalam acuan muffin.
2.  Pukul butter dengan gula hingga kembang.
3.  Masukan telur sebiji, sebiji.
4.  Ayakan tepung bersama serbuk penaik, masukan tepung, kacau sebati.
5.  Masukan kismis, kacau sebati.
6.  Masukan adunan sebanyak dua sudu besar pada acuan kertas, tabukan badam dan cokelat rice.
7.  Bakar selama 20 minit.

1 ulasan:

  1. Nampak lazat betul...saya nak cuba buat..jadi ke tak ni...

    BalasPadam