Jumaat, Jun 06, 2014

Apam Manis


Ini merupakan apam dari baki adunan tosai yang dibuat semalam, dengan ada baki anggaran dua cawan gitu, Masak Makan rasa malaslah pulak nak makan tosai memandangkan tiada berkuah untuk menyicahnya.. nak buat sambal kelapa pun tak ada mood nak makan pedas pedas, jadi daripada adunan tosai, Masak Makan tambahkan saja dua sudu gula dan sebiji telur kedalam adunan tosai ini. Adunan dikacau sebati, disendukan dan di tuangkan pada kuali non stick, dilenggang hingga nipis, dibiarkan masak sendiri hingga tepinya tidak melekat pada kuali dan diangkat.... senangkan! Nak resepi saperti dibawah. Malah elok juga daripada satu adunan dibuatkan dua resepi... terpulanglah.

Bahan Bahan
1 cawan beras
1/2 cawan urad dhall
1 sudu besar halba
secubit garam
2 sudu besar gula (lebih jika tujuan membuat apam)
1 biji telur (tambah jika perlu)

1.  Basuh dan Rendam beras, dhall, halba semalaman.
2.  Toskan airnya masukan kedalam alat pengisar, tambahkan 1/4 cawan air, kisar hingga menjadi pes, biarkan selama setengah jam.
3.  Masukan garam, gula dan telur, pukul hingga sebati.
4.  Panaskan kuali (non stick) permulaan dengan sapuan minyak.
5.  Sendukan dan tuangkan kedalam kuali, lenggang dan biarkan ia masak sendiri diatas api yang perlahan, lakukan hingga habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan