Salam semua... Sarapan dengan lempeng vadai tentu berbeza sedikit dengan thosai kerana hari itu ada membuat vadai dan berlebihan pula adunan yang masih disimpan didalam peti sejuk. Tiba tiba timbul idea bila malas hendak menggorengnya maka terjadilah lempeng segera ini.. Rasanya seakan akan thosai juga dan dimakan dengan cicahan bersama kari ikan..
Selain membuat lempeng dari tepung elok juga bila sekali sekala mencuba membuat lempeng dari kacang begini, memang baik untuk kesihatan.. Boleh mencuba kalau mahu..,
Bahan bahan
1 cawan kacang dal hitam (urlundu)
(Di rendam 2-3 jam atau semalaman)
1 labu bawang besar (dadu)
1 cili hijau (dihiris halus)
1 cili merah (hiris halus)
1 tangkai daun kari (cincang)
3 -4 sudu besar air
Sedikit garam
1. Kisarkan kacang dal hingga menjadi pes dan keluarkan.
2. Masukan bawang, cili merah/hijau, garam dan daun kari, kacau hingga sebati (anggarkan adunan saperti membuat lempeng)
3. Panaskan kuali leper dengan sapuan minyak.
4. Sendukan satu sudu besar, leper dan bulatkan atas api yang sederhana hingga hampir garing dan balikan. Lakukan hingga habis.
5. Hidangkan bersama kari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan