Sabtu, Mei 10, 2014

Masalavadai


   

Hari ini dikatakan hari ibu... Kalau nak mengikut kebanyakan ustaz, hari ibu tak perlulah disambut.. atas alasan membudayakan kepercayaan kaum lain.. Malah dalam islam seorang ibu harus dihormati setiap masa tak kira waktu.. akan tetapi didalam dunia sekarang yang serba berubah dengan keadaan, dimana masing masing terlalu sibuk walaupun ibu dihormati tetapi menyambutnya hanya pada satu hari yang harus diistimewakan khas untuk ibu saya rasakan tidak menjadi kesalahan asalkan nawaitu ditujukan khas untuk ibu untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu., ini pendapat saya sahaja.. Terpulanglah dengan keadaan dan jiwa seseorang mengenai akidah masing masing dalam merasai sesuatu keadaan itu asalkan sambutan itu adalah dengan cara yang tertib sekali sebagai umat islam.. Kalau dibuat sambutan begini, pasti kaum kaum ibu dapat merasai hari ini lebih istimewanya.. 

Keadaan begini juga dapat menyedarkan akal dan fikiran akan keujudan seorang ibu tak kira dimana mereka berada..

Bercakap pasal hari ibu,  hai...tak lepas juga tangan ibu menyediakan juadah yang mudah hari ini, kerana ibu jua teringin merasai sesuatu yang pedas pagi ini., haa apa lagi.. Masalavadai .. Nak harap anak anak diwaktu pagi memang liat sekali.. Cuti lah katakan..  Nak suruh buat masakan begini, hmm tak kelaslah dikatakan! Tunggu lah nanti, satu hari keadaan akan berubah kan.. Kan,, kan.,

Bahan Bahan
1 cawan kacang dal (direndam selama 30 minit)
3-4 sudu besar air
1-2 sudu besar tepung beras
1 labu bawang besar (dadu)
1 cili hijau (hiris kecil)
1 cili merah (hiris halus)
1 btg. daun bawang
1 sudu kecil jintan halus
Sedikit garam
1 cawan minyak masak

1. Kisar kacang dal kasar kasar dan keluarkan.
2. Satukan dengan bawang, cili merah/hijau, daun bawang, jintan halus dan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Panaskan kuali dengan minyak diatas api yang sederhana, kepalkan adunan diatas sudu sup dan larutkan kedalam kuali. Goreng hingga kekuningan dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...