Selasa, Mei 06, 2014

Marble cupcakes

Salam semua..  Teringin nak buat kek lagi!  Ada butter, ada telur, ada gula tapi tak ada gula halus atau caster sugar.. Hmmm... Tapi nak buat juga!  Jadi dari gula kasar dikisarkan dengan pengisar kering supaya gula menjadi halus maka senanglah dengan cara begini untuk membuat kek.. Tak perlu lagi nak tunggu dan membeli gula halus tu... Kalau nak menggunakan gula biasa tah berapa lama lah pula nak tunggu adunan tu kembangkan!!!



Kek cawan marble ini berperisa nescafe dan butter.  Cara membuat nya adalah sama dengan kek marble, beza nya dilakukan didalam cawan kertas sahaja.. Mula cadangnya nak membuat kek marble tapi bila difikirkan.. Membuat begini adalah lebih senang tak perlu nak potong lagi.. Makan dan buang bukan pakai buang yea!! Astaghfitullah!!


Bahan bahan
250 g buttercup
250 g gula halus
4 biji telur grade A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar serbuk nescafe
1 - 2 sudu besar serbuk koko

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit. Sediakan kertas cawan sebanyak 12 keping kedalam acuan muffin.

2. Putar butter bersama gula hingga kembang.

3. Masukan telur satu persatu hingga habis. 


4. Masukan vanila dan garam, putar hingga sebati.

5. Ayak tepung bersama baking powder dan masuk kan kedalam adunan perlahan lahan dibawah kelajuan yang rendah.

6. Asingkan sebahagian dari adunan kedalam mangkuk yang lain dan sebahagian lagi dibiarkan didalam pengadun kek.

7. Masukan serbuk nescafe dan serbuk koko, putar selama 10 minit hingga sebati.

8. Gunakan satu sudu besar bagi setiap lapisan di letakkan selang seli bagi setiap adunan hingga memenuhi 3/4 acuan kertas.

9. Bakar selama 20-25 minit dan sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan