Selasa, Mei 06, 2014

Kepak Ayam Asam Jawa



Salam semua..  Hari ini mencuba ayam goreng asam jawa.. Pernah melihat Chef Gordon Ramsey masak tetapi ayamnya dibakar didalam oven tetapi saya mencuba dengan menggorengnya.. Hmmm .. Really sedap!!  Rasa saperti masam masam sedikit .. Mau lah juga meratah tiga empat ketul ayam tu..

                                        

Mudah resepinya apabila anda hanya memerlukan pati asam jawa untuk memerap kepak ayam bersama dengan sedikit kunyit, garam dan bawang putih, untuk menyedapkan lagi tambah je sedikit madu pada perapan ayam.. Lebih lama diperap lebih sedaplah rasanya.. Tetapi saya hanya memerapnya selama 15 minit sahaja, kalau tidak lambatlah makan nanti.. Memang lambat masuk ke dapur hari ini.. Janji masak makan!!

Bahan bahan
1 kg kepak ayam 
1/2 cawan pati asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil madu
3-4 bawang putih (dicincang halus)
Minyak untuk menggoreng (secukupnya)

1. Gaulkan semua bahan diatas kecuali minyak, perap selama 15-30 minit.

2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga hampir garing dan toskan.


1 ulasan: