Khamis, Mei 15, 2014

Mini Roti Canai Berbawang


Satu lagi resepi untuk hari ini, roti canai berbawang.. maknanya roti yang dicanaikan bersama daun bawang dan bawang goreng yea!  Cicahlah pulak dengan kuan sardin, kalau ada kari karilah! ikut suka kalau ada lebihan lauk semalam..

Hairan pulak hari ini, kerajinan yang dirasakan agak berat dilakukan untuk 2 jenis masakan hari ini.. agaknya dapat merasakan ketenangan dan agak rileks juga hari ini.. kadang kadang pelikan hidup ini, ada masa hari yang dilalui berbeza dengan perasan atau mood yang kita lalui.. apa pun hidup perlu diteruskan. Masak makan tak masak makan luar, kalau tidak puasa..

Mengenai roti ini, senang jea hendak membuatnya hanya campuran tepung gandum, baking soda, dan bread improver pada adunan yang kemudian diadunkan dengan air garam. Diuli dengan penambahan butter yang dicairkan dan biarkan sebentar sebelum memasaknya. Perlu diingatkan untuk mengulinya, haruslah dengan penambahan minyak/butter yang banyak supaya dohnya berkilat dan senang untuk dibentuk dan dibakar atas kuali leper. Setelah mengulinya, dicampurkan hirisan daun bawang dan bawang goreng, diuli kembali sebelum membentukan kecil kecil dan dibiarkan. Kalau dirasakan agak kering tambahkan saja minyak sapi pada roti yang sudah dimasak.. siap kau! banyak cholestrol nanti..


Bahan Bahan
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil emplex (bread improver)
1sudu kecil garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak/butter/minyak sapi
1 batang daun bawang (dihiris halus)
1/4 cawan bawang goreng

1. Satukan garam dan air, kacau hinga sebati.
2. Satukan tepung gandum, baking soda, emplex, kacau rata atau ayakan.
3. Masukan air sedikit sedikit kedalam tepung, uli hingga tidak melekat.
4. Tambahkan butter/minyak/minyak sapi, uli hingga lembut dan berkilat, biarkan selama 1/2 jam.
5. Masukan daun bawang dan bawang goreng, uli rata.
6. Bentukan bulat bulat kecil sebesar gengaman hingga habis.
7. Panaskan api pada kuali leper dengan api yang perlahan.
8. Ambila salah satu doh, uli memanjang, pusing, bulat dan leperkan doh dan canai diatas kuali leper.
9. Tambahkan sedikit minyak diatas roti, balikan dan masak hingga kekuningan. Lakukan hingga habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...