Sabtu, Mei 17, 2014

Cheesy Pie

Salam semua..   dalam kita mengharungi hari hari yang berlalu ada kalanya, kita dapat merasakan satu magis atau hari yang begitu istimewa kerana tiba tiba kita dipertemukan dengan kawan kawan dalam satu masa yang berlainan.  Syukur dengan pertemuan begini kerana kita masih lagi ada kawan yang dapat menghargai kehadiran kita selagi hayat masih ada.

Masak Makan hari ini nak berkongsi dengan dua masakan dari satu adunan yang dijadikan kepada dua resepi yang lebih kurang sama saja rasanya.  Satu adalah Quiche Ayam dan satu lagi adalah Pie Ayam berkeju.. Sebabnya, dari lebihan Quiche itu, masih lagi ada berbaki dengan tepung dan inti yang diadun. Perbezaan dari membuat quiche dan pie adalah penambahan kastad pada pie yang dibuat dan ia memberikan inti quiche lebih berkastad dari pie yang yang kaya dengan inti daging.. yang menarik nak dikongsikan disini adalah pie yang berkulit 'flaky' atau kulit pie yang rangup dengan isian daging, lebihan cheese dan lebihan tepung yang disusun saperti jala begitu.

Satu daripada resepi disini dikongsikan pada Our Little Kitchen.net dimana resepi quiche boleh didapati di situ.. klik saja pada our little kitchen tu, kalau hendakan resepinya.  Perbezaan pada pie yang dibuat ini adalah penambahan cheese diatas inti daging yang sama.


Bahan Bahan untuk kulit pie/quiche
3 cawan tepung gandum
1 cawan air ais (dicampurkan dengan air batu)
2 sudu besar susu
100 gm butter (dipotong dadu)
sedikit garam

1. Masukan tepung dan garam kedalam mangkuk yang besar.
2. Masukan butter, picit dan gaulkan pada tepung hingga sebatu
3. Masukan susu, tambahkan ais pada tepung sedikit demi sedikit (anggaran 3-4 sudu)
4. Uli perlahan dan bentukan dua doh yang besar.
5. Masukan kedalam plastik kedap udara atau cling film dan biarkan selama 15-30 minit didalam peti sejuk.
6. Canai doh senipisnya dan muatkan kedalam acuan pie yang disapukan dengan sedikit butter dan ketepikan. Lebihan doh dicanai dan potong panjang nipis nipis.


Bahan untuk Inti
1paket daging ayam cincang
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil lada hitam/putih
1 sudu kecil oregano
1-2 sudu kecil sos Lea & Perrins
Sedikit garam
2-3 sudu besar minyak
1 biji tomato (dihiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1/2 cawan parutan cheese.

1. Panaskan kuali, goreng daging ayam cincang hingga hampir garing.
2. Masukan bawang putih, jintan manis, lada hitam/putih, oregani, sos Lea & Perins, dan garam.
3. Kacau goreng hingga rata masukan sedikit air jika perlu, biarkan sebentar hingga terbit minyak dan tuangkan kedalam doh yang telah di sediakan tadi.
4. Letakan parutan cheese dan masukan hirisan bawang dan tomato. Susun hirisan doh diatasnya saperti jala.
5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30-35 minit.

Ini merupakan Quiche yang terdapat pada OurLittlekitchen.net.Chicken Quiche


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...