Rabu, Jun 18, 2014

Asam Pedas Ikan Pari




Hmmm... lama bebenor tak masak dan post disini... kalau mood dah ilek dan asyik sibuk dengan kerja lain tentulah tak dapat nak layan Masak Makan ni. Ni baru saja lepas makan, wah!!! berselera sekallliii makan hari ini.. Almaklumlah.. Asam Pedas Ikan Pari ini memang kegemaran MM ni.. ingatkan nak buat tambahan tapi takut pula termengantuk pula.. jadi semasa menunggu waktu zohor, eloklah rasanya kalau di masukan resipi asam pedas ini.

Untuk menyedapkan rasa asam pedas MM (Masak Makan) akan memberi satu tip pada anda semua. Selalunya kalau disediakan masakan pedas begini, sewaktu umur muda muda dahulu tentu kicap menjadi bahan sampingan pada nasi yang dihidangkan bersama asam pedas ke, sambal tumis ke.. dan jenis sambal lain lain.  haaa.... siaplah nasi digaul dengan sambal hingga hampir gelap gitu.. So.. kalau dah tak nak tambahkan kicap pada nasi, elok lah dimasukan pada kuah asam pedas yang dimasak sebanyak satu atau dua sudu.. gitu lah caranya.. janganlah pulak tuang kicap sampai gelap asam pedas tu hingga jadi asam kicap yea.

Bahan Bahan
1 ekor Ikan Pari (dibelah 3 atau 4)
2-3 sudu besar cili boh
1/2 cawan air asam
1-2 cawan air
1 biji terung (dibelah 4/6)
1 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar kicap lemak manis
garam secukupnya

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
3-4 sudu besar minyak

1.  Panaskan periuk dengan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, jintan halus, jintan jintan kasar hingga terbit bau.
2.  Masukan cili boh dan sos cili, kicap, garam, kacau hingga terbit minyak.
3.  Masukan air dan air asam, renih hingga mendidih.
4.  Masukan terung, renih hingga hampir lembut.
5.  Masukan Ikan pari, renih lagi hingga ikan lembut dan kuah hampir pekat dan tutupkan api



Tiada ulasan:

Catat Ulasan