Isnin, Julai 07, 2014

Ayam Goreng Berempah


Salam semua.. ini juadah iftar semalam. Atas permintaan seseorang, maka kerja siibu lebih senang, tak payah nak fikir fikirkan apa yang nak dimasak hari ini. Tentu ayam goreng merupakan juadah yang teristimewa walaupun dihidangkan dengan bermacam macam juadah lain.

Memasak dengan menggunakan Fryer ini memang mudah dan bersih, malah boleh mendapatkan tekstur yang garing dengan hanya meletakan waktu atau masa selama 20 minit untuk menggoreng. Untuk mendapatkan ayam yang benar benar sedap, elok dibanyakan halia dan bawang putih, malah dari resepi yang terdahulu, kali ini lebih banyak campuran pada ayam yang diperap dahulu selama 1-2 jam. Penambahan rempah kari, serbuk jintan manis dan jintan kasar juga ditambahkan selain rempah biji yang ditumbuk asing sebelum digaulkan bersama ayam.


Bahan Bahan
1 ekor ayam (dopotong 12 atau 16)
3 batang daun kari
1 sudu besar rempah biji (ditumbuk kasar)
1-2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk jintan kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil perasa ayam knorr
garam secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang daun kari

1.  Dalam satu mangkuk yang besar, gaulkan ayam bersama bahan kisar.
2.  Campurkan rempah kari, serbuk jintan kasar, jintan halus, serbuk kunyit, serbuk perasa, garam, rempah biji, daun kari, gaul rata.
3.  Perapkan dengan meletakan 'cling film' dan masukan kedalam peti sejuk sebelum menggoreng.
4.  Panaskan kuali atau fryer, goreng hingga garing dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan