Rabu, Ogos 06, 2014

Semperit Kastard

Salam semua... Ramadhan dah meningggalkan kita, raya pun dah raya, namun orang kata raya boleh sebulan gitu.. terutama di Malaysia ni.. meriah gitu, tapi tentu tak semua yang menyambutnya dengan cara berlebihan tahun ini agaknya.. Bermacam macam bencana yang melanda negara kita ini.. sedih bila kita dikejutkan dengan kapal terbang kita yang ditembak jatuh, belum pun habis dengan kisah MH370 yang masih mengamit kalbu, tiba tiba kita dipertontonkan pula dengan pengeboman di Palestine yang begitu menyedihkan dengan gambaran wanita dan anak anak yang dibunuh dengan kejam sekali!  Malah di seluruh ceruk dunia, umat islam ditindas dan dibunuh seolah olah nyawa umat islam tidak berharga pada mereka yang terlalu keduniaan dan mementingkan diri dan bangsa sendiri.. dimanakah letaknya harga kemanusiaan sehingga hancur lebur Palestine dibom dengan begitu teruk sekali, kali ini.. tetapi dari apa yang diperhatikan kebangkitan Hamas begitu memberangsangkan kerana jiwa mereka yang begitu cekal melawan musuh musuh Islam atas nama kebenaran.  Kita telah lama menyaksikan kisah Palestine ini, tetapi dunia termasuk saya sendiri banyak menyedarkan saya kepada kebenaran yang kita hadapi kini.. mungkin kita terlalu leka dengan dunia hingga kita lupa bahawa Allah ciptakan dunia sedemikian supaya kita dapat beringat dalam apa jua keadaan dan tidak  leka dihanyut dengan kemewahan dunia, walhal, disebalik itu, banyak umat Islam yang ditindas sedemikian rupa.  Walaupun jauh dan dengan doa dari umat islam sendiri, dirasakan Insya Allah doa kita dipanjatkan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dan warga Palestine dan umat islam semuanya dengan kesabaran dan kecekalan untuk menghadapi situasi sebegini.

Malah dikala ini, gaya hidup kita banyak dibentangkan dengan materilisma dan khayalan.. tidak salah untuk kita hidup dalam kemodenan tetapi masih perlu jua pada asas asas islam dan takwa.. begitulah hendaknya.. Atas nama peri kemanusiaan juga, ketika ini, tanpa kita sedari kita telah menyumbangkan sebahagian dari apa yang kita makan dan pakai kepada pembunuhan rakyat Palestine.. dengan kehadiran internet juga kita belajar tentang segala kebenaran yang ada supaya kita lebih berhati hati dalam tindak tanduk kita.. Saperti yang dijangkakan, kali ini, kita lebih disedarkan termasuk juga kaum kaum lain yang begitu perihatin dengan keadaan di Gaza.. malah kesanggupan mereka untuk memboikot barangan keluaran yahudi dipergiatkan untuk tujuan menyelamatkan keadaan .. diharap ia mendapat sokongan sepenuhnya dari seluruh dunia tentan g sikap yahudi yang banyak dibantu oleh sekutunya.   

Wah!! panjang pula cerita Masak Makan disini, bukan apa, kerana dah tak tahan dah!! Enough is Enough.. thats the word.. sampai bila lagi.. malah melampau pula jadinya.. Oleh itu diharap kita dapat memainkan peranan supaya mereka disedarkan dan lebih banyak yang bersuara dan memboikot sekurang kurangnya kita memainkan satu peranan yang dapat melemahkan ekonomi mereka yang selama ini dikuasai oleh mereka.. (sound macam orang pemerhati dunia jea!)  Ni memang geram ni sebab itulah dah lama tak update blog kerana terlalu taksub dengan apa yang terjadi di Palestine tu..



Berbalik pada kisah semperit ini, inilah satu satunya biskut yang dibuat untuk raya tahun ini, yang lain dibeli sahaja kerana, setiap tahun susah juga hendak menghabiskannya kerana tiada anak anak kecil dirumah ini. Lagipun saperti raya tahun lalu juga dibuatkan semperit tetapi dari tepung ubi dan warnanya putih gitu, jadi apabila dibuatkan dengan tepung kastard maka, bertukarlah warnanya kekuningan dihias dengan kismis kuning untuk mendapatkan warna yang bersesuaian...  So untuk resepinya ada dibawah ni yang diambil dari CMG.. memang sedap dan rangup rasanya.  Thank U CMG..

Bahan Bahan
300 gm butter (Buttercup)
150 gm gula icing
2 kuning telur
1 camca teh vanilla
240gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160gm tepung kastard
1/2 cawan kismis kuning (dipotong kecil)

1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit.
2. Pukul butter, gula hingga kembang. (dengan whisk atau mixer)
3. Masukan telur satu persatu.
4. Masukan vanilla, kacau sebati.
5. Ayak kesemua tepung diatas, dan masukan kedalam adunan yang dipukul tadi, uli sebati.
6. Sediakan dulang pembakar dan acuan semperit, masukan adunan dan picit sebanyak 2-3 kali picitan untuk mendapatkan bunga yang sama besarnya, Letakan kismis (lakukan hingga habis) dan bakar selama 15-20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan