Rabu, Oktober 15, 2014

Cheese Cupcakes



Salam semua, hari ini baru ada masa untuk menulis resepi yang disediakan pada Hari Raya Haji baru baru ini.  Raya raya makan Cheese Cupcake?  Yea... apa salahnya kan!  Pertama kerana hendak menghabiskan cheese yang tersimpan, kedua kerana ia mudah disediakan.  Faham Fahamlah raya haji walaupun dirayakan tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, tapi suri rumah tetap sibuk menyediakan juadah lain untuk hidangan hari raya. Nasib baik ada anak dara yang tolong menyediakannya, kalau tidak 'flat' lah MM kat dapur dengan kerja dapur tu.


Terkadang bila difikirkan tentang masak memasak ni,  kalau dilakukan sendiri dengan keadaan tenang walaupun tanpa kehadiran mereka yang menolong MM rasa lebih tenang, kerana cara MM bekerja didapur terasa lebih teratur dan kemas kerana lain orang lain caranya. Ada yang suka bekerja dengan keadaan yang tidak teratur dan diakhiri dengan pengakhiran membersihkan dapur selepas memasak.. sebagai seorang yang sudah lama didapur, MM lebih suka kalau setiap kali menyediakan makanan ia dilakukan dengan keadaan yang bersih gitu.. 

Balik kepada Chesse Cupcakes ni, MM menggunakan biskut Chipsmore sebagai 'base' atau lapisan bawahnya dan topping adalah chocolate rice sahaja.  Tidak banyak bahan yang diperlukan kerana hidangan ini adalah sesuai untuk 8 orang saja.  Sorang sebiji gitu.. bukan kedekut tetapi dengan sepeket cheese hanya dapat menghasilkan sebanyak itu..


Bahan Bahan Lapisan Bawah
10-12 keping biskut Chipsmore
1/2 cawan butter

Lapisan Cheese
1 paket Cream cheese (anggaran 1 cawan)
1 biji telur
1 cawan gula Icing
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan cokelat rice (campuran dwi warna)

1.  Cairkan butter kedalam microwave/kuali.
2.  Kisar biskut chipsmore hingga halus.
3.  Tuangkan butter kedalam biskut, kacau hingga sebati.
4.  Sediakan kertas cawan, susun didalam acuan muffin.
5.  Ambil sesudu adunan biskut, tekap dan tekan kedalam acuan muffin menutupi 1/4 cawan hingga habis.  Bakar selama 10-15 minit dan keluarkan.
6.  Masukan cheese, gula, vanilla dan telur kedalam pengadun, putar hingga sebati.
7.  Masukan satu sudu besar adunan kedalam acuan biskut tadi hingga 3/4 cawan, lakukan hingga habis.
8.  Bakar selama 15-20 minit dan keluarkan.
9.  Tabur cokelat rice diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...