Jumaat, Disember 19, 2014

Fusili Goreng Pedas


Salam semua, lama dah update blog ini yea.. haii.. gitulah kalau mood tak ade, bukan tak masak tapi ada masa kita memerlukan perhatian pada hal hal berbangkit, tak kira lah hal apa pun, dalam hidup ini ada masa kita harus pandai mengatur hidup dengan perkara perkara lain saperti melancung, melawat, menziarah dan sebagainya.  Haa.. kalau dah duduk rumah tu, fahami lah perkara masak memasak ni tidak akan berakhir.  Selagi hidup selagi itulah kita harus mengisi perut.  

Pagi pagi lagi jadual seorang ibu tidak terkecuali memikirkan juadah untuk sarapankan sampai naik tegang urat kepala ni (ha ha..)  nak fikirkan nak buat ini atau yang itu, kalau nak buat yang ini, orang itu pulak tidak menyukainya, nak buat yang itu, orang ini pulak tidak berkenan dihati.. banyak songeh gitu.. susah susah.. suruh saja mereka masak sendiri.. haaa.. tak dibuatnya...

Cuaca sekarang pulak tidak menentu, asyik hujan dan tahu tahu kita sudah dipengakhir tahun, meningkat lagi usia.. jangan tambah muda, tambah tua adalah.. tua tua pun berharga dari segi pengalaman kehidupan.  Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.. begitulah kalau nak selamat dunia akhirat (Wah! sound macam nenek kebayan!)



Bertukar cerita pula mengenai masakan pada hari ini,  sudah dua tiga hari memikirkan tentang bagaimana nak menghabiskan setengah paket fusili yang dibeli.  Cadangnya hendak menggoreng bihun saja, tetapi memandangkan stok semua sudah habis dan jadual melengkapkan grocery masih dalam pertimbangan maka ianya dimasak dengan bahan yang ada saja, senang gitu, tak payah susah susah, janji cukup garam, cukup masam manis dan lembut.. pasti sedap.


Bahan Bahan
2  cawan pasta fusilli
1/2 cawan udang basah
1 biji tomato sederhana besarnya (didadu)
1/2 cawan daun bawang (dihiris kecil)
1/2 cawan daun sup (dihiris kecil)

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (sederhana besarnya - didadu)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar kicap masin
1 cawan air
sedikit garam dan gula
1/4 cawan minyak masak

1.  Didihkan periuk dengan 3 cawan air dengan sedikit garam, hingga mendidih, masukan fusilli dan rebus hingga lembut dan toskan.
2.  Panaskan kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
3. Masukan udang, goreng seketika.
4. Masukan cili boh, kicap, sos cili, sos tiram, kacau sebati.
5. Masukan air,  masukan garam dan gula, renih seketika.
6. Masukan fusili, kacau sebati.
7. Masukan tomato, daun sup dan daun bawang, kacau rata hingga kuah hampir kering tan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan