Rabu, Januari 07, 2015

Quiche Ayam dan Cendawan


Salam semua,  masih belum terlambatkan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015.  Dugaan demi dugaan kita hadapi pada tahun 2014 yang rasanya rakyat Malaysia masih boleh meneruskan kehidupan seadanya. Moga moga tahun ini lebih baik hendaknya.

Hari MM menyediakan satu lagi juadah yang sesuai dimakan tak kiralah waktu apapun.  My favourite you... kalau pie atau quiche ni memang mudah dibuat kalau sudah selalu membuatnya.  Apa tah lagi kalau pastrinya rangup semasa membuatnya.  So, disini nak sharekan satu cara membuat pastri yang mudah dan pasti rangup.  Tidak perlu disimpan didalam peti sejuk saperti cara yang biasa dilakukan.  Rahsianya adalah dengan mengadunkan dengan menggunakan susu cair sahaja.  Intinya pula memang adalah cendawan dan isi ayam yang di kacau goreng sahaja.


Bahan Bahan untuk pastri
2  cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1/2  cawan butter (didadu)
sedikit garam

1.  Satukan tepung dengan garam, masukan butter, gaulkan dengan tepung dengan menggunakan hujung jari hingga sebati.
2.  Masukan susu cair, sedikit demi sedikit, uli perlahan untuk mendapatkan doh yang tidak melekat.
3.  Sediakan acuan pie, gulung doh untuk mendapat doh yang bulat dan leper dan letakan diatas acuan.
4.  Kepilkan bahagian tepi dan biarkan.

Bahan Bahan untuk inti
1.  1 cawan cendawan (apa jenis pun tak apa) hiris nipis.
2.  1 cawan isi ayam di potong kecil.
3.  1 bija tomato  (dihiris nipis)
4.  1 tangkai daun ketumbar
5.  2 ulas bawang putih (diketuk)
6.  Garam dan lada hitam/putih (secukupnya)
7.  1 cawan susu cair
8.  1 biji telur
9.  1 cawan parutan cheese
10. 3-4 sudu besar minyak masak

1.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2.  Tumis bawang putih hingga kekuningan.
3.  Masukan ayam,  garam dan lada hitam/putih,nkacau sebentar dan masukan cendawan.
4.  Masukan tomato, dan daun ketumbar, goreng hingga lembut dan matikan api.
5.  Tuangkan tumisan kedalam pastri yang disediakan tadi.
6.  Satukan telur dengan susu cair, pukul bersama garam dan lada hitam atau, putih.
7.  Tuangkan kedalam adunan tadi.
8.  Taburkan parutan cheese dan baker pada suhu 180 darjah C selama 25-30 minit.

* Panaskan dahulu oven selama 15-20 minit sebelum memasak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan