Rabu, Februari 04, 2015

Humus &Tortilla chips


Terkadang memang tak tahu apa nak makan kan!..  Kali ini untuk mengelak nasi, MM hanya makan malam begini pun cukup kerana sekadar makan apa mudah.. mudah seolah olah snacking jea gitu..  Kali ini anak dara MM yang membuatnya.  Setelah membeli satu paket kacang kuda, setengah dibuatkan falafel dan setengah lagi dia ingin mencuba membuat Humus yang enak dicicah dengan chips dari tortila yang dibeli siap dari pasaraya. 


Humus asalnya dari kacang kuda yang telah direndam dan direbus hingga lembut, kemudian di blenderkan hingga menjadi pes dengan tambahan tahini, lemon, minyak zaitun, lada dan garam didalamnya.  Tahini pula adalah merupakan satu pes dari bijirin bijan yang di goreng tanpa minyak dan blenderkan. Ia kemudian disebatikan  dengan minyak zaiton menjadikan ia satu pes yang berminyak.

Untuk membuat chips yang mudah, beli saja chips tortilla, dipotong tiga, segi, disusun kedalam dulang pembakar.  Ia kemudian disapukan dengan minyak zaiton sebelum dibakar pada suhu 180 darjah C selma 15-20 minit.

Bahan Bahan untuk Humus
1 cawan kacang kuda (direndam selama 4-5 jam, rebus hingga lembut)
2-3 sudu besar tahini
2-3 sudu besar minyak zaiton
1 biji lemon (diperahkan airnya)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada

1.  Masukan kacang kuda yang telah direbus, kisar hingga halus.
2.  Masukan, tahini, minyak zaiton, lemon, garam dan lada secukupnya, kisar lagi selama 2-3  minit dan hidangkan bersama totilla chips.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan