Sabtu, September 26, 2015

Ikan Pari Bakar Bersambal


Salam semua, its been such a long time that MM tak update blog ni kan! Nampaknya mash juga yang mahukan MM teruskan berblog.  Hmmmm..  Insha Allah, as time goes by and when the mood is there MM akan cuba updatekan resipi yang baru disini.

At times, kita pasti menginginkan sesuatu masakan yang begitu mudah untuk disediakan kerana apabila memasak hari hari pun akan terasa jemu juga.  Simple is sedap. Thats the moto for this resipi kerana ia mudah dan tak perlu susah susah kerana ikan pari hanya perlu dibasuh setelah dibeli, tidak saperti ikan ikan yang lain yang perlu disiang dan dibersihkan.

Memasak dalam oven pun mudah kerana boleh saja ditetapkan masa untuk dibiarkan ia masak sendiri.  Selebihnya bolehlah melakukan kerja kerja lain atau boleh saja melayari internetkan!!  apalagi kalau bukan facebook, instagram, pinterest dan lain lain.  Seronok gitu!!!.


Bahan Bahan
1 keping ikan pari (besaiz besar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai dain kunyit (dihiris halus - setengah untuk taburan)
1 lembar daun pisang
2 potong hirisan lemon
2-3 sudu besar minyak masak

Bahan untuk dikisar
1 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1/2 cm kunyit hidup
2 batang serai (hiris kasar)
3 cili merah (patah patahkan)
4-5 cili pada (hijau dan merah)
garam dan gula secukupnya

1.  Panaskan oven pada suhu 200 dajah C selama 10-15 minit.
2.  Perap ikan Pari dengan kunyit dan garam dan biarkan seketika.
3.  Sediakan acuan pembakar, lapiskan dengan daun pisang.
4.  Letakan ikan diatas daun pisang.
5.  Tuangkan minyak masak diatas ikan Pari.
6.  Bakar selama35-40 minit hingga garing.
7.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
8.  Tumis bahan kisar.
9.  Masukan garam, gula dan sedikit perahan air lemon.
10. Tuangkan bahan tumis kepada ikan yang telah masak dan taburkan sedikit daun kunyit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan