Khamis, Mac 16, 2017

Daging goreng Madu bersama Mangga


Sebagai hidangan sampingan hari ini MM menyediakan satu lagi hidangan yang MM gemar. Hanya dengan lebihan daging yang MM ada, main hentam goreng saja dengan mangga muda yang MM beli hari tu.  hm.. sedap juga rasanya, kerana ia diperap dahulu bersama madu dan bawang putih dan halia dicampur pula dengan hirisan daun kunyit, hirisan mangga, hirisan cili dan bawang besar.

Daging digoreng hingga terbit minyak gitu, pasti medapatkan rasa lembut dan garing pada bahagian daging yang dimasak, jadi apabila makan akan terasa sedikit kerangupan pada daging.  Pasti dengan penambahan daun kunyit menaikan lagi aroma pada masakan yang mudah ini.


Bahan Bahan

1 mangkuk kecil daging yang dipotong kecil.
1/2 bahagian mangga (dihiris kecil)
1/2 inci halia  (kisar/tumbuk)
1 ulas bawang putih (disagat/tumbuk)
1 labu bawang besar (potong bulat ambil sedikit sahaja)
1 cili merah
1 daun kunyit (dihiris halus)
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap masin
1/2 cawan air
garam dan lada sebagai perasa
4-5 sudu besar minyak

1.  Perap daging bersama madu, bawang putih dan halia, masukan kicap masin, perap
selama 10 minit.
2. Panaskan minyak hingga benar benar panas, masukan daging, goreng sebentar hingga berubah warna dan masukan air, kacau goreng hingga terbit minyak dan masukan mangga, daun kunyit, cili dan bawang besar, biarkan ia kering sedikit, tutup api dan angkat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan