Rabu, Mac 15, 2017

Telur Bersalut Roti

Ini merupakan satu juadah yang sesuai untuk sarapan atau boleh dimakan bila bila masa sahaja kerana ia begitu mengenyangkan.  Tidak saperti resipi asalnya MM menukarkan balutan daging kepada roti sahaja.  Sama ada mahu telurnya keras atau lembut terpulang pada yang ingin menyediakan.  Adakalanya kita berkehendakan sesuatu yang rangup so, boleh saja membuat cara begini. Ia umpama memakan telur rebus yang digoreng bersama roti goreng bersalut serbuk roti.  Sedap juga ditambahkan dengan sos cili atau tomato untuk menikmatinya.



Untuk membuatnya pun adalah mudah sekali, hanya perlu merebus telur hingga masak, kupaskan kulitnya dan asingkan.  Roti kemudian dikisar bersama sebiji telur dan sedikit susu yang ditambahkan dengan thyme yang dicincang halus dengan garam dan serbuk lada hitam.  Tujuan mengisar roti ada lah supaya ia dijadi doh untuk membalut telur yang direbus tadi.  Setelah dibalut, ianya disalutkan pula dengan telur putih yang dipukul dan dimasukan kedalam serbuk roti sebelum digoreng hingga kekuningan, sama ada hendak menggoreng secara 'deep fry' atau 'shallow fry' pun boleh asalkan doh roti menjadi garing dan rangup.


Saperti gambar diatas, setelah telur digoreng, ianya kemudian dibelah dua dan digoreng kembali pada permukaan telur supaya telur dan roti menjadi rangup kerana balutan roti agak tebal, jika suka boleh juga kurangkan atau nipiskan pembalutan doh roti kepada telur.

Bahan bahan kisar
4 keping roti dipotong empat
1 biji telur
1/2 cawan susu
1 sudu besar thyme (dicincang halus)
garam dan lada secukupnya.
1 cawan minyak 

2 biji telur direbus hingga keras, buangkan kulitnya.



1 ulasan: