Ahad, Mac 19, 2017

Rendang Ayam Hijau


Pertama kali MM memasak Rendang Ayam Hijau! Nampaknya saperti kurma, tetapi bahan yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan masakan rendang tetapi ianya adalah dari bahan herba, tidak saperti Kurma yang menggunakan rempah.  MM rasa ia lebih kurang sama juga dengan masakan Thai "Green Chicken Curry' tetapi perbezaanya adalah dengan penambahan kerisik sahaja pada masakan ini.  Mudah dan cepat kalau dimasak dalam kuantiti yang sedikit, kerana bahannya hanya perlu di kisar dan ditumis kemudian dimasukan santan dan kerisik.



Saperti gambar diatas, ini adalah bahan yang MM gunakan untuk membuat Rendang Ayam Hijau ini.  Ia terdiri dari bang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili padi hijau, cili hijau, daun kunyit, daun limau nipis, serai, santan, kerisik, dan 6 ketul ayam. Hidangan sesuai untuk 3 orang gitu.

Bahan Bahan kisar
4 ulas bawang merah (agak besar bawang merah belah 4)
2 ulas bawang putih
2 batang serai (serai ini boleh saja diketuk dan dimasukan tanpa kisar)
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
6-8 cili padi (lebih kalau hendak pedas)
3 batang cili hijau

Bahan bahan lain
6 ketul ayam
400 ml santan
2-3 helai daun limau kasturi
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
3-4 sudu besar minyak

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2.  Masukan ayam, kacau sebati.
3.  Masukan santan renih dengan api yang sederhana.
4.  Masukan daun limau kasturi, asam, garam dan gula secukupnya.
5.  Masukan kerisik dan daun kunyit, kacau hingga keluar minyak dan tutup api.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan