Ahad, Mac 26, 2017

Gyoza

Salam semua, hari ini baru MM rasa nak masukan resepi Gyoza yang MM buat dua tiga hari dahulu,  bukan apa, kerana menulis blog adalah merupakan sesuatu yang agak sukar dilakukan jika 'mind' tidak tenteram, mungkin memasak adalah lebih senang kerana kita melakukan mengikut kehendak dan citarasa sendiri, akan tetapi semasa hendak memasak tu bermacam macam fikiran ada dalam kotak fikiran MM, bagaimana hendak menceritakan sesuatu ketika itu, tetapi habis selesai sudah mengambil gambar dan cuba pulak untuk menulis, idea idea yang bernas yang hendak MM ceritakan bagaimana perasaan MM ketika itu, hilang begitu sahaja! so, hari ini hentam sajalah nak tulis apa yang MM rasakan.

Ini merupakan makanan kegemaran anak dara MM, setiap kali dia balik bercuti pasti dia akan membuatnya, pandailah pula dia melipat kulit 'gyoza' nya, begitu tenang dan teliti cara dia membuatnya, tetapi MM membuat dengan cara sendiri sahaja, asalkan nampak okey, kira okeylah!.  MM lebih suka Gyoza atau 'dumpling' yang digoreng daripada gyoza yang dikukus kerana MM lebih suka makan benda  yang rangup.  Malah intinya dibuat dengan begitu mudah sekali, iaitu daging cincang bersama 'celery' tak perlu menokok tambah dengan bahan bahan yang banyak, lebih simple lebih sedap.  Kulit gyoza ini mudah saja didapati dari pasaraya dan begitu murah sekali. 






Berikut merupakan bahan Inti untuk membuat gyoza ini.  Untuk kulitnya beli sahaja dipasaraya, kerana ia begitu mudah diperolehi.

Bahan Bahan
1 cawan daging cincang
1 batang daun celery (hiris halus)
1 cili merah (hiris halus)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 sudu besar kicap masin
1 cawan air
garam dan lada secukupnya
2-3 sudu besar minyak

1.  Panaskan kuali, masukan bawang putih dan halia yang telah dicincang halus, kacau seketika.
2.  Masukan daging cincang, goreng hingga bertukar warna.
3.  Masukan air, renih sebentar, masukan kicap, garam dan lada.
4.  Apabila memula mendidih, masukan celery dan cili, renih hingga kering dan sejukan sebentar sebelum meletakan pada kulit gyoza dan melipatnya.  Mulakan dari bahagian tengah untuk meropolkan gyoza ini hingga habis,
5.  Goreng dengan minyak yang secukupnya hingga kekuningan.


Untuk menikmatinya, boleh sahaja dimakan dengan kicap atau sos tomato.



2 ulasan: