Ahad, April 16, 2017

Apam Gulung


Time untuk nak update resipi yang MM buat tapi masih malas hendak menulis kerana belum ada mood untuk menulis blog.  Kali ini MM berasa puas hati dengan apam yang MM buat kerana walaupun telah membuatnya dahulu tetapi tidak sebaik 
'apam' yang MM buat pada hari ini.  Pada mulanya MM telah terjumpa dengan satu resipi apam di internet tetapi telah terlupa pula hendak mengingati asal pemberinya, akan tetapi MM telah menulis resipinya pada nota MM.  Asal resipi itu memang mudah tetapi memerlukan masa untuk membuatnya kerana penggunaan 'yeast' yang memerlukan masa untuk mengembang biak.  Telah MM sisipkan untuk menjimatkan masa membuatnya, adalah dengan menggunakan air suam dan gula sedikit untuk mempercepatkan process mengembang, jadi bancuhkan sahaja yis dengan air atau santan atau susu dan biarkan seketika selama 10-15 minit hingga adunan yis menjadi berbuih dan tuangkan sahaja pada adunan tepung, dikacau sebati dan dibiarkan sebentar hingga ia menjadi 'foamy' atau ringan dan berbuih, sebelum memulakan process memasak.

Bahan bahan Kisar
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
sedikit garam
1/4 cawan air

Bahan basah
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 cawan santan dicampurkan sedikit air panas supaya suam

1/4 cawan minyak untuk dilenserkan pada kuali leper

1.  Satukan bahan basah, kacau sebati dan biarkan selama 10-15 minit hingga bahan menjadi berbuih dan 'foamy' dan campurkan kepada bahan kisar, biarkan sedketika selama 10 minit hingga berbuih.

2.  Panaskan kuali leper, lenserkan dengan sedikit minyak, sendukan sebanyak satu senduk, pusing dan bulatkan adunan saperti membuat ketayap, biarkan ia berlubang dan kekuningan, angkat dan gulung.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan