Ahad, November 24, 2013

Asam Pedas Ikan Cencaru



Hmmm. lama tak masukan resipi lauk pauk yea... hari ni juadah untuk makan tengah hari adalah Ikan Cencaru belah belakang, Asam Pedas Ikan Cencaru dan buncis goreng.  Simple dan menyelerakan setelah sekian lama tak masak begini.  Mudah jea asam pedas ni, kerana bahan bahan yang dikehendaki tidak mencukupi jadi dengan apa yang ada pun menjadi juga lauk walaupun simple kan.  Kalau Asam pedas begini dimasukan daun kesum tentu terangkat.. apa nak buat, kerana hari ni tak ada dijual pula di kedai berdekatan dirumah. Kebanyakan masakan saya tidak memasukan belacan, kerana tidak berapa menggemarinya tapi kalau ada sambal belacan.. tibailah juga dengan ulam ulaman gitu.. So kalau nak masukan belacan terpulanglah kepada citarasa anda.

Bahan Bahan
1 ekor Ikan Cencaru (dibersihkan dan dibelah tiga/empat terpulang pada saiz)
1 batang bunga kantan
2 cawan air asam jawa
garam dan gula sebagai perasa
2-3 sudu besar minyak

Bahan Bahan kisar/tumbuk
4-5 ulas bawang merah/1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-6 biji cili merah/3-4 sudu besar cili boh
1 batang serai (dihiris)
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit minyak.
2. Masukan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu. Renih dan didihkan sebentar.
3. Masukan garam dan sedikit gula.
4. Masukan ikan, renih hingga ikan hampir masak dan masukan bunga kantan. Didihkan hingga kuah hampir pekat dan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan