Isnin, November 25, 2013

Cencaru goreng sambal Bunga Kantan



Selepas separuh daripada ikan cencaru dibuatkan Asam Pedas, in pula Cencaru Sumbat  dengan sambal bunga kantan.  Teringat masa kecil kecil dahulu, ikan ini dipanggil ikan 'bare back' sebab apa sebab dibelah belakang.. Ikan begini saya lebih suka gorengnya tanpa kepala, senang nak masuk kuali, dan kepala nya pula dibagikan pada kucing kucing dirumah ni.. Sedap digoreng garing garing pada kulitnya dan isinya pula terasa dengan sampingan sambal.

Tambahan bunga kantan pada ikan ini menambahkan aroma pada sambal yang dikisarkan, jadi apabila merasakan sambalnya maka kita juga dapat merasakan bunga kantan didalamnya. En hubby pula tertanya tanya perbezaan sambal yang ditambahkan bunga kantan ni..hmm apa lagi licinlah seekor ikan yang diratahnya begitu saja.


Bahan Bahan
2 ekor ikan cencaru (dibuangkan perut dan dihiris belakangnya)
sedikit garam dan kunyit untuk dilumurkan pada ikan
1 biji limau nipis.

Bahan Bahan kisar/tumbuk
1 labu bawang besar
4-5 biji cili merah
1/2 inci halia
1 batang serai (hiris)
2-3 ulas bawang putih
1/2 batang bunga kantan
sedikit garam

1. Kisar atau tumbuk hingga lumat/halus dan perahkan sedikit air limau nipis.
2. Masukan bahan kisar kedalam ikan yang dihiris kedua dua belahnya belakangnya.
3. Lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
4. Panaskan minyak, masukan ikan goreng dan balikan hingga benar benar garing dan angkat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan