Jumaat, November 22, 2013

Roti Epal Pie

Bersarapan dengan Pie Epal pagi ni.. resipi yang begitu mudah dan cepat dibuat.  Apabila teringin nak makan something yang agak sweet and sourish atau masam manis gitu... teringatkan apple hijau yang ada dalam peti sejuk tu.. bila kenangkan nak menguli tepung mungkin agak mengambil masa yang lama untuk membuatnya.. so apa lagi roti dijadikan sebagai doh untuk mengisi inti epal yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan gula.. senang jea..


Kulit roti dihiris dan ketepikan, kemudian roti digelekan hingga halus diatas papan pencanai, dan kemudian disapukan butter, Epal didadukan dengan kulitnya dibuang dan dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan sedikit gula. Inti epal ini kemudian diletakan diatas roti yang disapukan butter dan dilipat dan ditekapkan dengan garpu pada penghujung roti untuk menutupnya dengan sedikit sapuan telur yang dipukul. Setelah itu diguriskan permukaan roti dan disapukan lagi telor sebagai 'eggwash; sebelum dibakar hingga garing


Bahan Bahan
5-6 keping roti putih (hiris bahagian tepi)
Sedikit butter/marjerin
1 biji telur (dipukul)

Bahan Bahan Inti
2 biji epal hijay (buang kulit dan didadukan)
2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil gula perang

1. Satukan epal, kayu manis dan gula, kacau hingga sebati.
2. Canaikan roti hingga leper dan nipis, sapukan butter/majerin.
3. Isikan inti epal dan lipatkan dua sambil menyapukan sedikit telur pada lipatan roti,
4. Sapukan telur pada permukaan roti dan hiriskan dengan 2/3 hirisan (untuk pengeluaran wap).
5. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga garing dan kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan