Rabu, November 27, 2013

Lempeng Kelapa (Pancake Kelapa)




Salam semua...  Hari ni berpagian denagan pancake atau lempeng dengan tiga cara yang berbeza dengan pengisian inti kelapa dengan dua cara yang berbeza juga.. Memandangkan banyak pula kelapa didalam peti sejuk tu, ia menjadi salah satu lagi idea untuk makan pancake ni.. 

Saperti gambar diatas, pancake dibuat dengan nipis dan kecil dan sebelum mengangkatnya ia dilipat dahulu untuk mengekalkan lipatan sebelum diisi inti kelapanya. Cara untuk membuatnya pula adalah dengan menggunakan sudu sup yang kecil untuk mendapatkan saiz dalam anggaran satu hingga satu setengah inci diameter, jadi lah pancake yang agak comel dan senang untuk dimakan. 


Gambar diatas, adalah pancake yang tidak dilipat tetapi hanya diletakan kelapa diatasnya. Kalau didalam sebuah keluarga tentu ada yang suka dan ada yang tak suka bila pancake dimakan dengan kelapa, jadi apa salahnya membuat dengan dua tiga cara yang berbeza.. Kebiasaan yang dimakan banyak yang suka makan dengan madu yang dituangkan diatas, terpulanglah pada citarasa masing masingkan. 

Bahan Bahan basah
3 biji telur (Asingkan putih dari kuningnya)
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu (Dutchlady)

Bahan Bahan kering (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam

1. Masukan telur telur merah, gula dan susu kedalam blender dan kisar hingga sebati.
2. Masukan sedikit sedikit bahan kering dan kisar selang seli hingga habis.
3. Pukul putih telur didalam mangkuk yang lain hinnga berbuih dan masukan kedalam blender dan kisar hingga sebati.

1. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter/minyak (sapuan untuk pertama kali sahaja).
2. Ambil satu sudu kecil (sudu sup) dan tuangkan keatas kuali yang sudah panas serta pusarkan batter dua tiga kali hingga agak nipis. Biarkan hingga terbit lubang lubang kecil dan balikkan pancake untuk beberpa saat sebelum mengangkatnya.

Bahan untuk inti kelapa
1 cawan kelapa parut
2-3 sudu besar gula merah
1 sudu besar butter
 sedikit garam

1. Panaskan kuali dengan sedikit butter.
2. Gaulkan kelapa dengan gula merah hingga bersatu dan masukan kedalam kuali yang dipanaskan dengan butter Tambahkan sedikit garam, kacau sebentar beberapa saat sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan