Ahad, Disember 01, 2013

Puding Roti Epal



Hari ni ada tetamu dirumah, fikir punya fikir... apalah nak buatkan untuk sarapan pagi selain nasi goreng yang berlebihan semalam. Hmmm ... masih ada roti yang kemudiannya dibuatkan sandwich telur.. sambil memotong kulit roti terfikir juga, kalau ada manisan pun mungkin sedap dipagi hari.. memandangkan kulit roti itu agak banyak, sayang pula untuk dibuang, apa lagi ia dijadikan puding ini lah!!.. hmm sedap juga.. walaupun ia adalah kulit roti.. elok juga tu, tak membazir makanan. Apa yang dimaksudkan dengan kulit roti ialah kulit disekeliling roti yang dihiris.

Kulit roti ini dibelah dua dan kemudian dimasukan kedalam bekas atau acuan pembakar. Ia kemudian disatukan dengan epal hijau yang didadukan bersama, kismis, gula merah dan sedikit serbuk kayu manis sebelum kastard dituangkan kedalamnya dan bakar hingga kekuningan.. memang mudah dan pantas!! Tak caya cubalah...





Bahan Bahan Kering
2 cawan hirisan kulit roti (dipotong dua anggaran 1 inci)
1/2 cawan kismis
1 biji epal hijau (dibuangkan kulit dan didadukan)
2-3 sudu kecil serbuk kayu manis
2-3 sudu besar gula merah

Bahan Bahan Kastard
2 biji telur
200 ml susu (Dutchlady)
4-5 sudu besar gula putih/ merah
sedikit garam

2 sudu besar butter yang dicairkan

1. Panaskan Oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15minit
2. Satukan bahan kering dalam acuan pembakar dengan membahagikan sama rata.
3. Satukan bahan kastard dalam satu mangkuk berlainan, cair kan butter dan masukan kedalam adunan dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan bahan kastard kedalam acuan pembakar tadi dan tekankan adunan supaya sebati.
4. Bakar selama 30 minit dan sejukan sebelum memotong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan