Rabu, Mac 29, 2017

Crepes/Kueh Dadar


Salam semua,  pagi ini MM tetiba  terbuat Crepes atau Kueh Dadar gitu.. pelik pula rasanya, kadang kadang hingga tidak tahu akan juadah apa yang harus disediakan setiap pagi, terkecualilah kita hendak breakfast diluar sahaja.  Memandangkan ia adalah resepi termudah yang boleh dibuat dalam jangkamasa yang singkat, maka MM terus sahaja membuatnya walau ketika itu agak sibuk dengan perkara lain, jadi tak mahu bercerita panjang lagi, dibawah merupakan resepinya.

Bahan Bahan

2 biji telur 
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil vanilla
3-4 sudu besar gula perang (atau gula putih terpulang)
1 sudu besar  cairan butter/margarin/minyak 
secubit garam
1/4 cawan minyak untuk sapuan pada kuali leper

1. Pukul telur dengan dengan gula, masukan vanilla.
2. Masukan susu, garam,  dan tepung, kacau sebati.
3. Masukan cairan butter/margarin/minyak
4. Panaskan kuali leper/saucepan, lenserkan dengan sedikit minyak.
5. Ambil sesenduk besar bancuhan, tuangkan pada permukaan kuali dan bulatkan dengan menggunakan senduk. (anggaran bulatan - 3-4 cm ) biarkan ia masak dibawah dahulu sebelum membalikan untuk dimasak dipermukaan lagi satu hingga kekuningan, angkat dan lipat.
6. Hidangkan bersama madu.


2 ulasan: