Ahad, Mac 26, 2017

Tenggiri Asam Berlada


Satu hidangan untuk makan tengah hari atau makan malam yang sedap dimakan bersama nasi putih panas panas gitu!.   Setiap hari suri rumah pasti mencari idea untuk menyediakan makanan untuk hidangan tengah hari kan!  Ini juga merupakan masakan yang biasa biasa sahaja, tetapi memberi satu impak kepada yang memakannya, kerana ikan tenggiri ini di masak dengan perapan air asam dan digoreng dengan garing diluar dan lembut didalam.  Ia kemudian ditambahkan sahaja dengan cili tumbuk bersama bawang dengan penambahan perisa daun kari dan tomato.  Mudah dan sedap gitu..

Bahan Bahan
2 potongan ikan tenggiri
1 sudu besar asam jawa
1 sudu kecil garam halus
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula
sedikit lada sulah
1 cawan minyak 

Bahan ditumbuk 
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji tomato

1.  Perap ikan bersama asam jawa, garam dan lada selama 10 minit.
2.  Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan balikan. Angkat dan toskan.
3.  Panaskan semula kuali dengan sedikit minyak, goreng bahan tumbuk hingga terbit bau, masukan daun kari, masukan garam dan sedikit gula, Apabila terbit bau, tuangkan sahaja keatas ikan tadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan