Jumaat, Disember 25, 2015

Walnut Butter Cookies

Terkadang kita merasakan kita lebih mahu berehat dan berlepak sahaja, tetapi kita merasakan banyak masa terbuang begitu sahaja.. Antara mahu melakukan sesuatu yang bermanafaat atau berlepak adalah satu pilihan..malah boleh keadaan boleh membosankan.  Hari hari yang dilalui kalau tidak dilakukan dengan tanpa membuat apa apa untuk kebaikan diri digolongkan sebagai pembuang masa.  Lihat sahaja pada mereka yang berjaya, memanafaatkan masa adalah kunci segala kejayaan didalam kehidupan.  Sedih sekali melihat anak anak mudah terutama golongan lelaki dimana banyak yang suka menghabiskan masa dengan merempit, dari golongan inilah yang menghasilkan masaalah sosial yang tidak kesudahan termasuk juga anak anak gadis yang tidak dididik dengan didikan yang sempurna oleh ibu bapa, kerana tumpuan hidup mereka adalah  kepentingan diri sendiri. Hari ini MM rasa nak beceloteh sedikit sebab terlalu banyak gejala sosial yang berlaku sekarang dan agak menakutkan.  Manusia begitu mudah terpengaruh dengan kebendaan dan kelekaan hingga lupa pada penguasaan diri, apapun masak tetap masak, maka ajarlah anak tidak kira lelaki ke perempuan dalam bidang masakan daripada membiarkan mereka melayan kehidupan sendiri..ini satu pesanan kepada ibu ibu muda diluar sana tu, supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.


Akibat kebosananlah terjadi biskut atau 'Walnut Butter Cookies' ini.  Disamping mempunyai satu paket walnut yang MM beli MM letakan sahaja diatas adunan biskut ini daripada membuat cookies yang biasa sahaja, lebih rangup dan 'crunchy' gitu.  Kalau suka boleh juga dikisar walnut untuk dimasukan kedalam adunan biskut, terpulang juga kepada kehendak masing masing.


Adunan yang telah diadunkan boleh sahaja di masukan kedalam 'piping bag' atau boleh sahaja menggunakan acuan kecil dimana ia terus ditekankan dengan ibu jari saperti acuan 'semperit'.  Disini MM membuat dengan dua versi, satu acuan semperit dan satu lagi dipaipkan. 

                                         

Bahan bahan
250 gm Butter 
200 gm gula perang
1 biji telur
1 esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan walnut (dipecahkan)

1.  Panaskan oven pada suhu 160 darjah C, sediakan dulang pembakar dengan sedikit sapuan butter.
2.  Pukul butter dan gula hingga kembang.
3.  Masukan telur, pukul sebati.
4.  Masukan vanilla.
5.  Masukan tepung sedikit demi sedikit (ayak kedua2 tepung). Uli hingga mendapatkan adunan yang lembut.  Biarkan selama 4-5 minit.
6.  Masukan kedalam 'piping bag' tekan dan pusing untuk mendapatkan bentuk bulat anggaran 2 cm. Letak Walnut pada atasnya dan bakar selama 20-25 minit hingga kekuningan.





Isnin, Disember 21, 2015

Kek Kukus Berlapis

Salam Disember semua.. Kejapkan waktu berlalu. 2016 akan muncul tidak lama lagi, hidup diteruskan juga dengan pelbagai aktiviti selagi kita bernyawa. Asalkan kita melakukan apa yang terbaik, menjauhkan kemungkaran, mendekatkan kebaikan, selama itu kita perlu meneruskan kehidupan.  Masak dan Makan tetap diteruskan dalam kehidupan.. So kali ini MM membuat Kek kukus berlapis.  Frankly speaking,  inilah percubaan kedua setelah membuat kek buah dahulu.


Bermain dengan warna dapat menarik perhatian pada pandangan mata, tidak kira, dunia masakan, dunia pakaian dan dunia hiasan.  Walaupun teknik dan olahan membuat kek adalah sama, kreativiti dan visi juga adalah menjadi keutamaan dalam menghasilkan kek yang dikehendaki.  Keterbiasaan membakar kek adalah lebih mudah daripada mengukusnya kerana ia memerlukan perhatian dan masa untuk melapiskan setiap lapisan, namun tidak lah sesukar mana pun tetapi cara untuk membuatnya perlu bersabar.  Banyak teknik mengukus saperti melapikkan dengan kertas aluminium pada acuan supaya air kukusan tidak merosakan permukaan pada kek ini, jadi kesabaran adalah menjadi keutamaan untuk membuat kek lapis kukus ini..  Percubaan pertama pasti tidak sempurna tetapi bila sudah biasa MM harap dapat menghasilkan kek yang lebih baik pada lapisan nya.


Disini apa yang MM perhatikan masyarakat kita lebih mementingkan warna daripada rasa dalam menghasilkan resepi kek, mungkin juga ia adalah satu tarikan buat yang baru sahaja yang mahu mempelajari dunia masakan, tidaklah salah pada pandangan MM,  Insha Allah lama kelamaan setiap yang bermula pasti akan mencapai tahap seterusnya demi peningkatan dalam dunia apa juga dalam bidang yang diceburi.


Bahan bahan
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur (siaz besar)
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil pewarna biru
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

1.  Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya hingga mendidih.
2.  Sediakan acuan 6"x6" persegi dengan sapuan butter dan sedikit taburan tepung.
3.  Putar butter dan gula hingga kembang.
4.  Masukan telur, satu persatu.
5.  Masukan, esen vanilla dan garam putar dengan kelajuan sederhana.
6.  Ayak tepung bersama serbuk penaik, masukan perlahan lahan hingga habis.
7.  Bahagikan adunan pada dua bahagian  satu boleh dibiarkan didalam mixer.
8.  Adukan hingga mendapat warna yang lembut.
9.  Gunakan satu hingga dua senduk besar untuk melapiskan bahagian pertama (warna ikut suka)
10. Gunakan kertas aluminium untuk menutup acuan, kukus selama 8-10 minit.  Angkat pengukus, biarkan seketika, lapiskan lapisan kedua, kukus kembali, lakukan teknik yang sama hingga selesai. Biarkan ia sejuk baru dipotongkan.

Ahad, Disember 06, 2015

Puding Cokelat Kastad

Sudah Disember nampaknya, hari berganti hari, bulan berganti bulan, kini hampir berganti tahun.  Hidup diteruskan juga dengan apa yang perlu kita lalui sama ada suka duka semuanya menjadi pengajaran hidup untuk mematangkan kita melalui pengalaman yang harus diambil sebagai ikhtibar untuk mencari segala kebenaran tentang kehidupan..  MM tetap meneruskan dunia masakan kerana ia merupakan pengisi masa yang terluang.


Hari ini MM rasa hendak menyejukan tekak dengan membuat puding saja kerana lama juga tidak membuatnya. Elok jugalah kerana kebelakangan ini MM tidak berasa begitu sihat.  Mungkin juga faktor cuaca.. Memang sedap puding ini kerana MM dapat merasakan keenakan cokelat pada puding ini.  Ia merupakan puding dua perasa iaitu cokelat dan kastad yang pernah MM buat dahulu tetapi dengan acuan yang berbeza.  Bila dah siap hidangkan sahaja dengan ceri merah dan cokelat yang disagat..


Bahan bahan
1 paket agar agar serbuk (10 gm)
600 ml air
100 ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air suam
Sedikit ceri merah dan cokelat sebagai hiasan

1.  Masak agar dengan 600 ml air dan gula hingga larut.
2.  Bancuh susu segar bersama telur yang pukul, kastad dan vanila, kacau sebati.
3.  Setelah agar agar larut tuang kan setengah bancuhan susu tadi, sebahagian akan dicampur dengan koko., dikacau dibiarkan dahulu.
4.  Tapis dan tuangkan lapisan kastad dahulu kedalam acuan dan biarkan agar agar beku.
5.  Masukan sebahagian lagi kastad yang dicampurkan dengan koko (koko dicampurkan air suam, kacau sebati) dan tuangkan pada lebihan adunan kastad tadi, kacau seketika hingga diatas api yang perlahan.
6.  Apabila agar agar beku, cucukan sedikit dengan garfu, tuangkan adunan koko keatas lapisan pertama tadi.  Sejukan kedalam peti sejuk sebelum menghidangnya.
7.  Hidangkan dengan ceri merah dan cokelat yang disagat.





















Jumaat, Disember 04, 2015

Kuey Teow Daging


                              

Haiii...lama tak post dekat Masak Makan ni.. So hari ni berkesempatan nak updatekan resepi Kuey Teow daging atau 'Beef Kuey Teow' ni.. Mudah saja nak membuatnya.  Apa apa berkenaan kuey teow pasti senang membuatnya, semua main campak campak saja kedalam kuali dan waallah siap!  Tapi kali ini, MM membuat dengan cara berlainan sedikit kerana menggunakan daging yang tidak direbus.  Apabila memasak daging tentu sekali mengambil masa yang lama untuk dilembutkan.  Untuk memudahkan membuatnya adalah dengan menggunakan daging batang pinang, kerana daging inilah bahagian daging yang senang dilembutkan. Daging pelulah dipotong nipis mengikut garisan dan digoreng dahulu dengan minyak yang betul betul panas sebelum measukan bahan bahan yang lain.

Untuk resipi ini MM tidak banyak bahan yang diperlukan, hanya satu paket kuey teow, daging, telur, taugeh dan daun bawang.  Selainnya kicap, cili boh, sos tiram. So layan

Bahan bahan 
1 paket kuey teow basah (1 kg)
2 biji telur
1 cawan daging (hiris nipis)
3 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang (potong anggaran 1/2 cm - 1 cm)
1 cawan taugeh (dibuang ekor)
2 sudu besar cili boh
3-4 sudu besar kicap masin
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam/putih
1/4 cawan minyak
1/4 cawan air
Garam secukupnya.

1. Panaskan kuali dengan minyak yang betul betul panas, gorengkan daging hingga bertukar warna dan kecut.
2. Masukan bawang putih yang diketuk. Kacau sebentar.
3. Masukan cili boh, kacau sebati dan masukan air.
4. Masukan kicap dan sos tiram, didih sebentar.
5. Masukan kuey teow, kacau rata.
6. Masukan taugeh, kacau rata,
7. Buatkan lubang dengan menolak kuey teow ketepi, masukan telur, masukan serbuk lada hitam dan garam pada telur, biarkan seketika hingga telur hampir masak, kacau rata hingga stim dan taburkan daun bawang.


Khamis, November 19, 2015

Sandwich Telur & Mayonaise


                          

Hari hari bangun pasti dan mesti setiap kita bingung nak buat apa untuk sarapan pagi kerana sarapan merupakan sajian penting untuk kehidupan kita.  So hari ini MM hanya dapat fikirkan hanya roti saja untuk mempercepatkan penyediaan sarapan ketika perut sudah berbunyi.. Walaupun banyak juga process untuk menyediakan namun tidaklah seteruk mana pun kerana hanya empat bahan sahja yang MM gunakan untuk membuat sandwich telur ini.. Malah memang popular pun sandwich begini, tetapi terkadang kita terlupa juga kalau tidak diingatkan.

                     
                
Apa yang diperlukan hanya lah dengan merebus telur hingga tiga suku masak, MM suka merah telur yang agak lembek, ia kemudian di lenyek dengan campuran mayonaise, lada putih dan lada hitam, dan sedikit garam.  Roti pula di bakar diatas kuali leper dengan sapuan butter kerana MM suka cara begini.  Setelah itu, apa yang perlu dibuat adalah hanya meletakan salad pada roti bersama telur dilapiskan dengan roti diatasnya dan dipotong 3 segi.. Tak perlulah hendak membuang kulitnya, kerana setelah dibakar tentu ia menambahkan kerangupan pada sandwich.. Ini merupakan satu sarapan yang sihat kerana MM menggunakan roti bijirin gandumuntuk sandwich ini.

                    

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...