Selasa, April 18, 2017

Cheesecake


Assalamualaikum semua, ok time to kemaskini resipi Cheesecake yang dibuat dahulu.  Resepi yang mudah dibuat,  hanya dengan menggunakan bahan bahan tempatan yang mudah dan murah dan senang  diperolehi boleh menajdikan Cheesecake nampak ekslusif gitu. Malah ia tidak perlukan banyak masa untuk membuatnya, so hari ini MM nak tunjukan cara membuatnya dengan mudah.


Untuk membuat 'base' atau lapisan bawah  Cheesecake ini MM telah membeli biskut tempatan iaitu biskut berkrim cokelat dimana MM telah mengasingkan krim pada biskut berkenaan dan menggunakan biskut tersebut dengan cara memasukan kedalam 'food processor' atau mesin pengisar untuk dijadikan serbuk, manakala krimnya pula digunakan untuk diletakan pada 'cheesecake' setelah ia telah masak, hanya campurkan dengan 1 sudu besar susu dan sedikit butter, pukul rata hingga sebati dan titikkan diatasnya sebagai hiasan.


Setengah cawan butter dicairkan dahulu kemudian dibiarkan suam seketika, Kisar biskut dahulu hingga menjadi serbuk, masukan butter yang dicairkan, kisar hingga sebati.


Keluarkan bahan yang dikisar tadi, tuangkan kedalam acuan yang boleh ditanggalkan (springform), tekap dan tekan adunan hingga memenuhi acuan tersebut  (acuan yang digunakan berukuran (2x 5 inci). Setelah itu, sejukan seketika didalam peti sejuk selama 20 minit, kemudian dibakar selama 20-25 minit, keluarkan dan sejukan dahulu.


Berikut pula merupakan cara untuk membuat 'cheese filling'  iatu dengan satu pekat 250 gm cheese (MM gunakan cheese jenis 'turtura' sahaja), dipukul /whisk /putar bersama tiga biji telur, 1/4 cawan gula dan satu sudu vanilla, hanya putar sebati hingga mendapatkan adunan yang lembut dan gebu.


Keluarkan bahan lapisan bawah biskut dari peti sejuk, tuangkan adunan cheese pada lapisan bawah tadi, ketuk acuan tin untuk menyejatkanya dan mengeluarkan udara.  Panaskan dahulu oven pada suhu 180 darjah C, kemudian bakar selama 20-25 minit hingga masak.


Beginilah rupanya setelah 'cheesecake' itu masak.



Setelah dikeluarkan sejukan sebentar, kemudian gunakan lebihan krim yang telah dikacau bersama dengan butter dan susu tadi sebagai hiasan cokelatnya. Sejukan dahulu sebelum memotongnya.


Bahan untuk lapisan bawah
1 paket biskut cokelat berkrim
1/2 cawan butter (dadu)

Bahan untuk krim cheese
1 paket (250 gm) cream cheese
3 biji telur
1/2 cawan gula kaster
secubit garam
1 sudu kecil vanila

Bahan untuk hiasan
lebihan krim cokelat
1 sudu besar butter
1-2 sudu besar susu







  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...