Selasa, April 25, 2017

Apam Gula Hangus/Apam Karamel

Salam semua, sudah lama MM simpan resepi ini dan teragak agak hendak membuatnya, akhirnya pagi ini merajinkan diri dengan mengukuslah nampaknya hari ini. Resepi yang MM rasa mudah untuk membuatnya, berbeza dengan apam biasa yang kita buat, apam ini menggunakan baking soda tidak saperti apam biasa yang menggunakan yis. Seakan akan kek kukus teapi lebih kepada rasa apam. Tidak banyak bahan bahan yang digunakan, mudah dibuat kerana semua bahan dimasukan kedalam blender dan kisar.  Penyediaan gula hangus/karamel, haruslah disediakan dahulu dengan memasak gula hingga cair dan bertukar warna kekuningan, kemudian dicampurkan dengan air panas.


Haruslah berhati hati ketikan memasukan air panas, kerana ia akan merecik gulanya. bahan lain dikisar semua sekali didalam pengisar, atau boleh saja asingkan bahan kering iaitu penggunaan tepung dan soda bikabonat disatukan,  sebelum dicampurkan kedalam pengisar bersama bahan ciar yang perlu dikisar termasuk gula hangus yang telah disejukan sedikit.

Bahan untuk karamel
1 cawan gula
1 cawan air panas

Masukan gula kedalam periuk kecil, letakkan diatas api yang sederhana,  kacau hingga gula menadi cair dan bertukar warna kekuninga.  Sebelum itu sediakan satu cawan air panas, apabila gula sudah bertukar warna, masukan air panas,  kacau rata dan sejukan sebentar.

Bahan untuk dikisar
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak (minyak sayuran)
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu pekat

Kisar sebati, kemudian masukan karamel yang telah disejukan sedikit,  putar sebati.

Bahan kering
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
secubit garam

Satukan kesemua bahan kering, kemudian masukan kedalam pengisar, kisar hingga sebati. Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan acuan, gunakan saja acuan yang digemari.

Tuang adunan kedalam acuan, hingga habis, kukus selama 25-30 minit, gunakan lidi untuk menentukan ia masak dengan menyucuk lidi hingga ia keluar bersih dan adunan tidak melekat. Sejuk dan hidangkan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...