Jumaat, Ogos 30, 2013

Kek Belang


Ini merupakan salah satu kek kegemaran saya.. Nak panggil kek belang ke.. kek zebra  ke.. terpulanglah asalkan dia sedap dimakan .. Itu yang penting!  Kek ni dibuat semasa raya.. Di buat dalam acuan berukuran 2x5x3 inci dalam bentuk memanjang pula.. Kerana selalunya saya membuatnya  dalam acuan yang bulat, jadi saja dibuatkan dalam acuan begini supaya mudah untuk dipotong.

Apabila menggunakan acuan yang 'rectangle', cara hendak melapiskannya adalah dengan menggunakan senduk yang besar, setelah dibahagikan sama rata dengan satu dimasukan serbuk koko manakala satu lagi adalah adunan kek biasa. Anggaran 2 senduk pertama diletakan pada acuan yang telah dilenserkan dengan butter dan tepung, kemudian di leperkan dengan menggunakan senduk dan ditarikan adunan secara memanjang untuk mencukupi acuan sebelum dimasukan lapisan kedua, tak kiralah warna koko atau kuning dahulu, jadi setiap process melapis dilakukan dengan caran yang sama  sebelum dibakar.. 



Bahan bahan
250gm Buttercup
1 cawan (250ml) gula kastor
4 biji telur gred A
1 3/4 cawan tepung kek Superfine
1 sudu kecil esn vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
3/4 cawan serbuk koko (ditapis)

1. Panaskan oven pada suhu 180  darjah C. Lenserkan acuan berukuran 2x5x3 inci dengan sedikit butter dan taburan sedikit tepung.
2. Pukul butter dan gula hingga putih.
3. Masukan telur satu persatu. Putar dalam kelajuan sederhana.
4. Masukan esen vanilla dan putar sebentar.
5. Ayakkan tepung bersama baking soda dan garam dan masukan kedalam adunan tadi, putar lagi hingga sebati.
6. Keluarkan setengah dari adunan tadi ke dalam mangkuk yang lain.
7. Masukan serbuk koko pada adunan yang tidak dikeluarkan dan putar hingga sebati.
8. Gunakan senduk yang besar dan lapiskan seperti yang saya sebut diatas dan bakar selama 35-40 minit.

Rabu, Ogos 28, 2013

Roti Canai


Salam semua... hari ni kerajinan pulak nak membuat roti canai!! kenapa!! kerana takde roti dirumah.. Nak keluar memang malas, sebab tak mandi, kalau lah ada 'delivery' how nice!.. kenyang juga makan ni bila perut betul betul lapar.. sehari dua ni asyik lapar.. takut juga tu... Memandangkan masih ada kuah daging yang dimasak semalam, so apa lagi.. bolehlah dicicah dengan roti canai ni.

Membuat roti canai memang mudah, tak banyak bahan pun.. hanya tepung gandum, air, garam dan minyak sapi/margarine.  Malah, kalau diadunkan pada waktu malam, akan lebih lembut tekstur roti canai ni.. tapi tidak dibuat begitu, kerana, saya hanya membiarkan selama sejam dua sahaja sebelum mencanai dan memasaknya.. Tepung yang digunakan pula adalah tepung kek, so agak lembut juga semasa menguli nya.
Teknik menebar roti canai tak digunakan, memang tak pandai, pasti koyak rabak nanti so, beginilah cara yang digunakan, setelah tepung diadun, ia kemudian di lurut panjang panjang dan kemudian dibulatkan seperti membuat siput begitu...sehinggan habis pusingan dan ekornya dibelitkan dibawah... sound macam ular pulak...



Setelah itu di tepek tepek kan sahaja dibahagian atas... (hmmm... bahasaku .. betul ke tidak...) tambahkan minyak/minyak sapi semasa menepeknya. Kuali leper haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum meletakan roti ini. Tambahkan minyak sambil membalik balikkannya... bukan anda tak tahukan!! terover pulak.

Beginilah apabila diletakkan diatas kuali leper.. saya bukan professional, so the roti is not really perfect but it turns out quite ok.. oklah tu... since dah tak ada roti dirumah.. jadilah dengan roti yang tak seberapa ni... tambah pulak.. tak pernah nak buat pun.

Bahan bahan
3 cawan tepung kek
1 gelas air (anggaran untuk menguli)
1 sudu kecil garam
sedikit minyak sapi/margarine

1. Campurkan garam kedalam tepung dan masukan air sedikit sedikit, sambil menguli tepung hingga adunan tidak melekat pada bekas/mangkuk.
2. Masukan sedikit minyak sapi, uli sebentar hingga doh menjadi lembut dan biarkan dalam 1-2 jam.
3. Panaskan kuali leper.
4. Ambil doh uli adunan dengan urutan memanjang saperti ular gitu, kemudian pusingkan adunan hingga habis, elok diuli sepanjang panjangnya supaya boleh mendapatkan tekstur yang lebih nipis, dan tepek tepek kan pada permukaan roti sambil menambahkan minyak .
5. Letak diatas kuali leper dan masak dengan api yang sederhana hingga garing dan balikkan.
6. Letakkan diatas 'kitchen towel" dan ramaskan roti semasa masih panas, dengan cara ini dapat melembutkan roti.
.

Selasa, Ogos 27, 2013

Mee Goreng




Salam semua,  haa.. hari ni makan malam dengan mee goreng je lah.. Apabila siang tak masak kerana jalan jalan cari makan, jadi malam harus juga difikirkan apa yang harus dimakan. Setelah menjamu selera tengah hari dengan Asam Pedas Ikan Sembilang hari ni.. hmm tentu menaikkan semangat nak masak Asam Pedas, mungkin hari yang sesuai kut! Dalam perjalanan pulang, terjumpalah pula kedai yang masih menjual ikan segar dan bahan bahan masaakn yang lain.. jadi teringatkan malam nanti, apa yang nak makan maka, terjumpalah bahan bahan mee ni..

Memasak mee, saya lebih menggemari jika mee yang dimasak agak 'moist' dan 'slimy' gitu, jadi untuk mendapatkan citarasa sendiri, mee haruslah dimasak dengan lebih berkuah sedikit, dan dikacau goreng hingga kuahnya agak hampir kering, jadi dengan cara ini, mee akan lebih lembut..

Bahan Bahan
1 kg mee kuning
1/2 kg udang basah (buang kulit dan uratnya)
1/2 kg sawi putih (Pak Choy)- potong anggaran 1 inci\
1 batang daun sup & daun bawang (dimayang)
1 cili merah (dihiris)
2 taukua kuning (digoreng dan di hiris)

Bahan Bahan lain
4-5 ulas bawang besar ditumbuk bersama
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar kicap masin
1 gelas air
2-3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukupnya

1. Panaskan kuali dengan minyak dan goreng taukua hinnga garing, ketepikan dan hiris kemudian.
2. Kurangkan minyak jika perlu dan tumis bawang merah dan bawang putih.
3. Masukan udang kacau sebentar.
4. Masukan cili boh, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula, kacau hinnga sebati.
5. Masukan air dan renih seketika.
6. Masukan sawi dan mee kacau hingga sebati.
7. Masukan cili, setengah daripada taukua yang digoreng, kacau hingga keluar sedikit minyak dan tutupkan api.
8. Hidangkan dengan taburan daun sup/daun bawang, taukua dan cili (tambahkan bawang goreng jika suka)





Isnin, Ogos 26, 2013

Sambal Ayam




Salam semua,  hari ni beresepi dengan sambal ayam.. masakan yang menaikan selera apabila teringin yang pedas pedas sedikit.  Selera kita selalu berubah  ubahkan.. kadang kadang nak begini, kadang kadang nak begitu.. itulah kelebihan yang Allah beri kan... kalau tidak hidup kita ini, tak banyak perubahan kerana Allah memberi akal untuk kita hidup dengan lebih kreatif dan kehidupan akan lebih manis dan tidak menjemukan.

Untuk resepi ini, saya masih lagi mempunyai perencah rendang yang dibuat lebih kemudian disimpan didalam peti sejuk, jadi apabila hendak masak hanya keluarkan ayam dan tumis saja dengan menggorengkan ayam dengan perapan kunyit, dan sambal nya ditumis kemudian sebelum memasukan ayam itu semula.. Kalau hendak tambah dengan bahan yang disukai boleh jua.. tapi biarlah ia simple begini kerana perut dah keroncong...

Bahan Bahan
6 ketul ayam dipotong dan dibuang kulitnya (terpulang)
1-2 sudu kecil kunyit serbuk
1-2 sudu besar gula
1/2 cawan air
garam secukup rasa 
minyak untuk menggoreng

Bahan Bahan kisar
1-2 bawang besar (dibelah 4)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili merah/cili kering

1. Perapkan ayam dengan kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
2. Panaskan minyak, goreng ayam, hingga tiga suku masak dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dalam 2 sudu besar dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
4. Masukan air dan renih sebentar, masukan garam dan gula.
5. Masukan ayam , kacau hingga terbit minyak.



Sabtu, Ogos 24, 2013

Sup Ayam



Salam semua..  Walaupun masih mendapat jemputan Hari Raya.. masakan begini yang simple tentu lebih menyelerakan walaupun dimakan dengan nasi putih, panas.. panas.. gitu..  Kebanyakan rumah terbuka akan terus dihidangkan dengan ketupat, rendang, ayam masak merah, nasi beriani, satay, wah!! hingga terasa .. cukuplah dengan masakan begitu.. dan hanya mahukan yang tidak pedas buat perut yang dah mula meragam... yang penting silaturahim yang harus dipupuk diwaktu begini kan..

So nak menyejukkan perut yang dah terasa panas dengan rendang, so, memasak sup dan ayam goreng begini pun cukup.. tambahan cuaca yang tidak menentu.. ada kalanya panas sehingga berkuap.. tak tahan rasanya.
Tak usah kata budak budak pun suka namun sesuai saja untuk semua.

Memasak sup pula, bagi sesetengah orang, ada yang merebuskan ayamnya dahulu sebelum ditumis atas, tapi bagi saya, lebih suka jika ditumis segala bahan bahan dahulu sebelum memasukan ayam dan bahan bahan lain.. tak banyak kerja. Lain orang lain caranya. Manakala, ayam yang digoreng adalah dari bahan bahan kisar dari lebihan membuat rendang, yang masih disimpan, sebelum di lumur dan diperapkan pada ayam sebelum digoreng.


Bahan Bahan kisar/tumbuk 
5-6 ulas bawang merah/2-3 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada putih/hitam

Bahan Bahan Lain
6-8 ketul ayam yang dipotong kecil
1 batang lobak merah (dipotong kasar)
2-3 biji ubi kentang (belah empat/enam)
4-5 cawan air
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
3-4 sudu besar minyak masak
2-3 bunga cengkih
2-3 biji buah pelaga
2-3 bunga lawang
1 inci kayu manis
garam secukupnya
2-3 sudu besar minyak 

1. Panaskan periuk dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukan ayam, kacau dan hingga sebati, dan masukan air dan renih hingga mendidih.
3. Masukan ubi kentang dahulu, renih sebentar sebelum memasukan lobak merah.
4. Masukan sedikit hirisan daun bawang kedalam sup dan renih hingga ayam, kentang dan lobak merah benar benar lembut dan taburkan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus sewaktu menghidang.

## kalau suka masukan sup bunjut sebagai tambahan dan taburkan bawang goreng jika suka.. kerana ini merupakan sup yang simple saja..






Rabu, Ogos 21, 2013

Kari Udang bersama Kentang



Ini adalah salah satu resipi pojaan keluarga ini.. tak kiralah kolestrol ke tak kolestrol ke.. sekali sekala masak tentu licin .. kena dengan nasi putih tentu sodap! Lama juga tak masak gulai udang ni.. Seperti juga gulai ayam atau daging, memasak gulai atau kari udang lebih cepat masanya.. kerana udang tak perlu masa yang lama untuk memasak, yang penting ubi kentang yang dicampurkan haruslah benar benar lembut sebelum memasukan udang. Seeloknya udang tidak dibuangkan kulitnya, tapi saya lebih suka dia berkemban sikit, supaya senang makan gitu!! tarik jea kulit yang dibawahnya.. senangkan.. tak payah nak kopek kopek kulit, kerana ada juga yang komplen susah nak makan.. banyak songehlah tu... untuk resepinya saperti dibawah..

Bahan Bahan
1/2 kg udang yang agak besar (dibuang urat dan setengah dari kulitnya)
1 biji ubi kentang (besar - dipotong empat atau enam)
1 biji tomato (dipotong empat)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus batangnya)

Bahan Bahan Tumis
1 bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (sagat/tumbuk)
Rempah serangakai (2-3 biji bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan 1/2 inci kayu manis)
1 kotak santan
1-2 cawan air
2-3 sudu besar rempah kari ayam/daging (Babas) dicampur dengan sedikit air.
sedikit batang daun ketumbar (dipotong halus halus untuk mendapatkan aromanya)
2-3 sudu besar minyak masak
sedikit garam

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, rempah serangkai hingga terbit bau.
2. Masukan rempah dan batang daun ketumbar,kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan 1-2 cawan air bersama santan kotak, kacau sebentar.
4. Masukan ubi kentang dan renih hingga ubi hampir lembut.
5. Masukan udang dan tomato, renih lagi selama 5-6 minit sebelum menutup api.




Kobis Bunga Goreng




Salam semua... Haii.. lama juga cuti masak selepas Syawal ni, banyak juga undangan majlis hari raya kali ini, so.. cuti ke tak cuti kita kena makan juga.. lepas balik kerumah selepas puas beraya.. banyaklah pula kerja rumah yang harus dilangsaikan.. tak cukup dengan makan makan, jalan jalan, lepas tu jadi dobilah pulak... begitulah kehidupan!  Asalkan bahagia....

Resepi kali ini ialah sayur campur yang simple saja... kobis bunga atau 'Cauliflower' yang dimasak bersama lobak merah dengan perasa 'black pepper' atau lada hitam.. Kobis bunga ni kalau dibuat sayur campur memang sedap.. tetapi kena pandai memasaknya supaya ia tidak terlalu keras atau lembut..  yang penting ia tidak terlalu lembut hingga hilang vitaminnya.

Bahan Bahan
1/2 kg kobis bunga (dibuang tangkai tengah dan lurutkan pada batangnya)
1 batang lobak merah (sederhana - dipotong ikut kemahuan tetapi nipis)
1 batang daun bawang (dipotong memanjang)
1 batang daun sup (diotong anggaran 1 inci)
1 batang cili merah (dihiris)

Bahan Tumis
1/2 cawan hirisan ayam                                                                         
3-4 biji bawang merah (dimayang)
1-2 ulas bawang putih (dimayang)
2-3 sudu besar sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 cawan air
sedikit garam dan lada hitam
2-3 sudu besar minyak masak

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, hirisan ayam hingga terbit bau.
2. Masukan sos lada hitam, sos tiram dan sedikit air.
3. Masukan garam dan lada hitam, renih sebentar hingga hampir mendidih.
4. Masukan lobak merah, kobis bunga dan cili merah tambahkan air jika perlu, renih dan kacau hingga lobak merah dan kobis bunga hampir lembut dan masukan daun sup dan daun bawang, renih selama 1-2 saat sebelum menutup api.. hidangkan sewaktu masih panas.


Ahad, Ogos 11, 2013

Rendang Tok


Salam Syawal ke5...  Masih mood raya ke?  Tak tahu nak kata, berbelah bagi sama ada masih mahu menyambutnya atau meneruskan kehidupan saperti biasa, tapi.. kalau ada jemputan raya, pasti dapat merasakan 'mood' perayaan.. Setelah berpuasa, Masya Allah! menu hari hari tentulah ayam, daging, kuah kacang, rendang, masih disediakan, hingga sebulan puasa habis diqadakan dengan permakanan permakan begini... rayalah katakan... apapun makanlah dengan sederhana, itu saja yang dapat diperkatakan... hmm.

Menu pada hari raya kali ini, adalah Rendang Tok... Kali ini raya rasa nak buat rendang daging pula kerana selalunya, rendang ayam yang dibuat.. so tukar seleralah kali ni..

Penyediaan Rendang Tok ini, tak banyak beza dari segi penyediaannya.. hanya penambahan rempah seperti jintan putih, jintan manis, rempah biji, lada hitam yang disangrai atau digoreng tanpa minyak sebelum dikisar dan dimasukan kedalam rendang. Gula merah juga dicampurkan kedalam rendang ini untuk mendapatkan kemanisan pada daging.. so pandai pandailan mengagak tambahan rempah dan bahan perasa bagi mendapatkan kuality rendang yang sedap..

Bahan Bahan
2 kg daging batang pinang (dipotong anggaran 1 inci)
1-2 asam keping
1/2 - 1 cawan kerisik,
1-2 helai daun kunyit (disimpul/hiris)
2-3 helai daun limau perut
2-3 sudu gula merah
2 litre santan kelapa (2 kotak santan bersamaan 4-5 cawan air)
Garam secukupnya
3-4 sudu besar minyak masak

Bahan Bahan Kisar
10 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris)
1 cm lengkuas
1 cm halia
3-4 sudu besar cili boh

Bahan Bahan kering tambahan
1 sudu besar rempah biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
(Bahan bahan ini disangraikan dan dikisar halus)

1. Panaskan kuali (besar) dengan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukan bahan kering tambahan yang dikisar, kacau hingga sebati.
3. Masukan daging, kacau hingga sebati, renihkan sebentar.
4. Masukan santan, kacau dan renihkan hingga daging menjadi lembut.
5. Masukan garam, gula, daun kunyit, daun limau perut, asam keping.
6. Apabila daging hampir lembut masukan kerisik, renih lagi hingga rendang menjadi hampit kering.


# kelembutan daging boleh di lembutkan dengan penambahan santan/air pada setiap masa untuk mendapatkan daging yang benar benar lembut.

# Boleh juga ditambahkan serbuk kari ayam/daging  jika suka..

Isnin, Ogos 05, 2013

Udang Goreng Berempah


 Salam semua, dah nak sampai ke pengakhir ramadankan!...  hari ni dapat juga update satu resepi buka puasa yang dimasak semalam.. Atas permintaan sesorang, maka ditunaikanlah memandangkan masih lagi ada udang yang sudah disiang dan disimpan didalam peti sejuk tu... suke lah member kita tu setelah hajat ditunaikan.. Senang je masakan ni, udang yang diperapkan bersama rempah kari, lada hitam, sedikit bawang putih dan halia. Ia kemudian digoreng dengan campuran bawang dan daun kari.. tak sampai 2-3 minit dah masak respi ini.. so kalau nak cuba resipinya saperti dibawah..

Bahan Bahan
1 mangkuk udang (dibuang kulit dan uratnya)
1 bawang besar (dihiris)
1 biji ubi kentang (dihiris bulat2)
1-2 sudu besar serbuk kari (ayam)
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang putih yang ditumbuk bersama 1/2 inci halia
2 helai daun kari
garam secukupmya
2-3 sudu besar minyak masak


Caranya
1. Perapkan udang dengan serbuk kari, lada hitam. bawang putih, halia dan letak sebelah.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ubi kentang yang telah dihiris halus hingga garing.
3. Setelah ubi diangkat, gorengkan udang selama 10-15 saat hingga isinya menjadi putih dan masukan bawang besar dan 2 urutan daun kari, goreng selama seminit dua sebelum diangkat dan dihidangkan bersama kentang goreng tadi.


Sabtu, Ogos 03, 2013

Taukua Sumbat Berudang


Salam semua... sekarang ni dah nak penghujung ramadankan.... sat je masa berlalu.. lepas tu raya.. apa pun, masak tetap masak, tak masak tak boleh buka puasa... beli kalau, Masya Allah huii!! mau juga belanja lebih dari RM20.00 kalau rambang mata, kalau beli hari hari bagainmana? Memasak dirumah lebih menjimatkan dan lebih banyak kuatiti dari membeli..

Hari ni, kita berbuka dengan Taukua sumbat atau Tauhu Sumbat.. sumbatlah apa apa kalau suka, bagi saya, taukua, ini disumbatkan dengan gorengan udang yang dicincang bersama taukua yang dikeluarkan isinya sebelum di goreng bersama lobak merah yang disagat, tauge yang dicelur dan hirisan salad. Sedap dimakan dengan kuah kacang atau pun dengan sos cili/tomato kalau malaslah nak buat kuah kacang tu... Ini pun disebabkan ada lebihan kuah satay semalam.. so apa lagi tak membazirlah kuah satay tu..


Bahan Bahannya
5 keping taukua putih (dikeluarkan isinya dengan menggunakan sudu kecil dan ketepikan)
6 ekor udang besar (dicincang)
1/2 cawan taugeh (dicelur)
1 batang daun salad (dihiris)
1 bawang besar (dicincang)
1/2 lobak merah (disagat)
Sedikit lada hitam/putih
garam secukup rasa
1-2 cawan minyak untuk menggoreng





Caranya
1. Panaskan kuali untuk menggoreng kulit taukua yang telah dikeluarkan isinya, goreng hingga garing dan asingkan.
2. Kurangkan minyak dalam anggaran 1-2 sudu besar, goreng bawang merah, lobak merah seketika.
3. Masukan udang dan kacau goreng sebentar dan masukan isi taukua yang dicincang.
4. Masukan garam dan lada hitam/sulah,  goreng selama dua tiga minit hingga terbit minyak dan ketepikan.
5. Isikan Inti udang, salad dan taugeh dan hidangkan bersama sos atau kuah kacang.