Jumaat, Oktober 24, 2014

Pear Salad



Salam semua..  hari ini MM nak updatekan satu resipi salad yang begitu mudah untuk membuatnya, malah boleh juga dimakan kepada mereka yang suka ber'diet' tu..  diet jangan tak diet demi untuk kesihatan.  Apabila kita berbicara tentang makan makan ni,  bukan kita tidak boleh memakan sesuka hati tetapi MM rasa apa yang kita buat samada makan ke, seronok ke dan apa yang kita lakukan semunya harus dilakukan dengan sederhana dan berpada pada jangan terover gitu.  Hidup bermatlamatkan hidup untuk makan, oiii bahaya tu..  seolah olah kita ni hidup untuk makan.  Makan untuk hidup pula, rasaya seolah olah diri kita terlalu susah dengan kehidupan.  Hakikatnya rezeki itu dari Allah. Kehidupan yang berlandaskan dengan matlamat hidup yang sempurna adalah penting untuk kita semua hayati.  Usah ditangiskan dengan kesusahan yang dilalui, ini merupakan satu nasihat dari MM kerana dikala susah itulah kita harus banyak menggunakan akal untuk mencari segala kelemahan dan kekurangan kita. Allah memberikan kudrat dan kudrat itu yang disatukan dengan akal fikiran dan kekuatan yang ada, tentu segala masaalah yang dihadapi dapat dilalui dengan tenang.  Susah susah makan salad buar pear ni.. Ha ha..


Bahan Bahan
Helaian daun salad /lettuce
1 biji buah pear (dipotong kecil)
1 cili merah (dadu/hiris)
3-4 sudu besar madu
1/2 cawan perahan lemon
1 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil garam

1. Potong kecil daun salad dan buah pear (tanpa kulit)
2. Satukan, madu, perahan lemon, cili, garam dan lada dan tuangkan keatas salad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...