Isnin, November 05, 2012

Lemak Kacang Buncis


Masak lemak kacang buncis berama udang begini pun menjadi idea juga, kerana ia boleh menjadi satu hidangan yang berkuah complete dengan sayuran dan udang sebagai tambahan. Masakan yang biasa untuk negara kita tetapi boleh juga tak teringat nak membuatnya. Masakan begini kalau tak dimasukan kedalam blog, anak anak yang membesar pun harus tahu bagaimana nak memasaknya kerana masak lemak juga boleh dengan cara rebus naik bersama santan, tetapi cara caranya terpulang untuk kita sendiri menyediakannya.

Bahan Bahan
1 kg kacang buncis (dipotong serong serong)
8-10 udang (sederhana besarnya)
1 biji cili merah.(hiris)
3-4 ulas bawang merahl (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 cawan santan
1/2 sudu serbuk kunyit
garam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
2, Masukan udang dan kacau hingga udang menjadi kemerahan.
3. Masukan santan dan serbuk kunyit dan garam. (masukan serbuk perasa lain jika perlu)
4. Masukan kacang buncis dan cili, renih seketika hingga kacang menjadi lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...