Isnin, Mei 13, 2013

Ayam Sambal Black Pepper

Salam semua, menu hari ni merupakan Ayam Sambal Blackpepper kegemaran keluarga.. Lama sungguh tak masak resepi ni, kalau tidak, seminggu sekali pasti ada hidangan ayam begini.


Ia merupakan masakan ayam yang perlu digoreng dulu dengan garam dan kunyit, dan kemudian kuahnya ditumis berasingan saperti masak kicap.

Agak pedas kerana campuran cili boh dan black pepper dicampurkan sekali walaupun ditambahkan dengan kicap manis..

Bahan Bahan
6-8 ketul ayam
Sedikit kunyit
Garam
Minyak utk menggoreng

Perapkan ayam bersama kunyit dan garam dan goreng hingga tiga suku masak.

Angkatkan ayam dan kurangkan minyak untuk menumis kuahnya pula.

Bahan Kuah/sos
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 sudu besar sos black pepper
1-2 sufu besar cili boh
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
1/2 cawan air

Bahan lain
1 biji tomato (potong empat)
1 btg. Lobak merah (potong memanjang 1 inci)
Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris)

1. Panaskan kuali dengan minyak yang di kurangkan tadi setelah menggoreng ayam, tumis bawang besar bawang putih halia, hingga kekuningan.

2. Masukan cili boh, sos lada hitam, kicap manis, garam, kacau, masukan lobak merah dan tambahkan sedikit air, renih seketika dan masukan ayam, tomato, daun sup dan daun bawang. Masak hingga kuah menjadi pekat dan tutupkan api.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...