Selasa, Mac 04, 2014

Key Lime Cake (Kek Limau Nipis)


Salam semua, dah dua tiga hari dah teringin sangat nak makan kek! duduk tak duduk hari ini, kepala tu asyik memikirkan kek apa nak dibuat.. teringatkan hari tu ada membeli limau nipis yang agak fresh gitu, besarlah pulak tu..  memang agak puas hati kerana ia memang lembut dan dapat merasakan perasa limau dari kulit limau nipis yang diparut.. malah sedikit jus limau nipis dimasukan kedalam adunan ini..

                     

Dik kerana musim panas yang amat terlampau ini, elok rasanya bahan bahan saperti limau nipis disimpan dan juga boleh dijadikan jus saperti jus limau nipis dan teh O limau nipis, tentu 'refreshing' kan!  So, selepas sebahagian limau diparut sebahagiannya dibuat minuman  gitu..

Bercakap pasal musim panas ini, apabila membaca berita dimuka akhbar banyak pula kes kes yang melibatkan pembunuhan disana sini, Haiii.... apa nak jadi dengan manusia sekarang ini.. Adakah faktor , cuaca juga menjadi alasan untuk kes kes begini..  Apaka manusia sekarang hilang pertimbangan? dan dimanakah letak nilai kemanusiaan itu sendiri.. sedih... sedih..  Segalanya mungkin berlaku kerana terlalu mengikut emosi, EQ vs IQ..  susah nak dirungkaikan satu persatu permasaalahan hidup ini. Hanya yang beriman, berilmu dan beramal sahaja yang dapat meletakan diri mereka diatas tangga kejayaan.. Makan tetap makan so.. berbalik pada resepinya saperti dibawah:

Bahan Bahan
250 gm butter
3/4 cawan (250ml) gula halus
4 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil jus limau nipis
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
2-3 sudu kecil parutan kulit limau nipis
1 sudu kecil pewarna hijau.(anggarkan warna)

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sapukan acuan 6x6 inci dengan sedikit butter dan taburan tepung, buangkan lebihannya.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukan jus limau nipis, pukul seketika.
4. Masukan telur satu persatu, pukul diatas kelajuan sederhana.
5. Masukan garam dan esen vanila.
6. Ayakan tepung bersama baking powder dan masukan sedikit sedikit kedalam adunan. putar hingga sebati.
7. Masukan kulit limau nipis, dan pewarna hijau, putar lagi selama 1-2 saat dan tuangkan adunan kedalam acuan.
8. Bakar selama 30 minit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...