Ahad, Januari 05, 2014

Muffin Lobak Merah


Berpagian dengan muffin karot atau lobak merah, apabila teringinkan sesuatu yang manis pada pagi ini.. walaupun manis tidaklah terlalu manis untuk orang rumah yang agak kurang memakan yang terlalu manis... faham fahamlah umur pun dah meningkat jadi kenalah jaga kesihatan juga...

Hidangan ini menyediakan sebanyak 6-8 muffin kecil dan menggunakan dua biji telur sahaja untuk sukatan bersama 1 batang lobak merah yang sederhana saiznya.. campuran kismis dan hirisan almond cukup untuk melengkapkan tambahan perasa pada muffin ini.

Bahan Bahan Basah
2 biji telur (bersaiz besar)
1/2 cawan susu full cream
1/2 cawan minyak Canola
1 sudu kecil vanila
1/2 cawan gula

Bahan Bahan  kering (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecl serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan kismis hitam (dimasukan selepas diayak dan digaulkan)

1 cawan lobak merah (disagat)
1/2 cawan hirisan badam


1. Satukan Bahan Basah dan bahan kering dalam mangkuk yang berasingan, kacau hingga sebati.

2. Campurkan dan gaulkan adunan kering pada adunan basah, kaup dan kacau hingga sebati. Masukan lobak merah yang telah disagat bersama hirisan badam, kacau rata.

3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10 minit dan sapukan tin muffin bersama sedikit mentaga dan sedikit taburan tepung.

4. Sudukan adunan sebanyak 2 sudu besar hingga memenuhi tin muffin dan bakar selama 25-30 minit hingga kekuningan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...