Isnin, Januari 06, 2014

Masala Kambing



Hari ni nak update resipi dari daging kambing yang siap dijual dalam potongan dari pasaraya.. bila dah terbiasa dengan perkataan 'lamb' agak confuse juga nak namakan resipi ini... almaklumlah daging kambing kalau disebut tentu saya bayangkan daging kambing dari versi kambing yang local bila terbeli pula daging yang diimport dari negara luar ini, saya bayangkan kambing biri biri pula.. apa pun kambing tetap kambing walaupun jarang dimasak.

Agak mudah resipi ini dan tidak perlu memasak dengan waktu yang lama kerana ia mudah lembut walaupun sikit bertulang pada tengahnya, Sesuai untuk di buat 'steak' saja, tetapi tidak pula berniat begitu jadi ia digoreng dengan rempah masala saja.
Tak banyak bahan yang diperlukan kerana hendak yang mudah mudah sahaja..

Bahan Bahan
2 potongan 'lamb steak (dipotong kecil)
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato
1 cili merah (dihiris memanjang)
2 helai daun salam (bay leaf)
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thmye
1-2 sudu kecil garam masala (rempah masala)
sedikit duan parsley kering
3-4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ditumbuk)
3-4 cawan air
garam dan lada hitam sebagai perasa.
2-3 sudu besar minyak canola/sapi

1. Perapkan daging yang di potong dengan garam masala, kunyit, bawang putih/halia, garam dan lada hitam selama 10-15 minit.
2. Panaskan kuali dengan minyak diatas api yang tinggi, goreng daging yang diperap dan balik balikan kesemua bahagian hingga bertukar warna.
3. Masukan air dan daun salam  renih beberapa kali dengan tambahan air apabila kering, dan biarkan daging menjadi lembut dan berkuah sedikit.
4. Masukan lobak merah, cili, tomato, bawang besar dan daun parsley apabila ia hampir lembut dan biarkan ia berkuah dan terbit minyak sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...