Ahad, Mei 06, 2012

Schnitzel




Shcnitzel

Ini merupakan masakan dari salah satu resipi dalam 'Mastechef Australia' iaitu ayam bersalut roti bersama daun parsely, bawang putih, lada hitam, atau bahan yang suka ditambah untuk menambah perisa pada salutan ayam tu.. Masakan ni asalnya dari Germany, sound pun macam jerman juga.. hi hi.. tapi memang sihat dan simple je.


Antara bahan yang digunakan untuk membuat Schnitzel ni, tepung gandum dan tepung jagung yang dicampur bersama, roti biasa (Gardenia) yang di kisar bersama bawang putih, Italian parsley atau pun guna daun bawang biasa, lada hitam dan sedikit garam, dan bahan telur untuk salutan.

Roti yang telah dikisar bersama daun tadi.

Bahan bahan yang digunakan :
Dada Ayam yang ditumbuk berlapik plastik hingga halus dan nipis
Jagung manis yang direbus dan salad 'lettuce' bersama tomato

Bahan Kisar
3 keping roti
1 batang parsley (daun bawang)
2-3 biji bawang putih
1-2 sudu lada hitam
garam secukup rasa.

Sediakan dua bekas mangkuk berasingan untuk memasak

2 biji telur yang dipukul bersama sedikit garam

2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung

1. Setelah ayam yang ditumbuk berlapik plastik nipis, celupkan kedalam bahan tepung, kemudian kedalam telur dan kemudian kedalam roti kisar.

2. Panaskan minyak anggaran 2-3 sudu besar dalam kuali leper dan masakkan ayam tu sambil menambahkan sedikit minyak hingga ayam masak kekuningan, balikkan dan masak disebelah lagi.

3. Hidangkan bersama jagung rebus yang di sapukan butter dan salad yang anda gemari.
Boleh juga dimakan bersama sos tomato/cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...