Ini merupakan masakan ibu yang datang bermalam dirumah, wah!! apalagi manjalah, lama tak masak bersama ibu, jelas ibu dengan caranya dan aku dengan caraku.. Terasa juga kelainan bila masak bersama. Memandangkan umur ibu yang hampir mencecah 80 tahun, masih juga dia berminat melakukan masak memasak ni, Agaknya sudah terlalu kebiasaan dengan rutin hari hari kerana terpaksa sediakan keperluan hidangan untuk ayah yang lebih kurang sama dengan umur ayah, walaupun ada pembantu. Hanya doalah untuk mereka diberikan kesihatan yang baik.. amin..
Bahan bahan
1 ikat kacang panjang (potong saperti diatas)
1 biji karot
1/2 cawan daging cincang
1 btg cili merah
3-4 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
sedikit prencah Knorr
sedikit kicap cair
1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak dan tumis bawang merah/putih.
2. Masukkan daging cincang dan kacau sebentar hingga terbit minyak.
3. Masukkan sedikit air (1/2 cawan) dan renih sebentar, tambahkan dua tiga sudu kicap dan perencah knorr tadi, tak perlu garam kerana sudah cukup masin.
4.Masukkan karot dan kacang panjang, cili dan kacau goreng dan tutup sebentar untuk melembutkan sayuran dan perlahankan api dan masak untuk 5-6 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan