Selasa, Julai 24, 2012

Bingka Custard

Bingka Kastad (custard) yang lebih kurang sama saperti bingka gandum dimana tepung kastad diadunkan bersama tepung gandum. Cara penyediaan adalah sama saperti bingka gandum dan ditambahkan esen vanila dan kismis kedalam adunan.
Bahan bahan
3 biji telur (size besar)
1/2 cawan gula
1 mangkuk santan (anggaran 2 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
 1 sudu kecil esen vanilla
 Secubit garam
 Sedikit mentega/ butter
 1/2 cawan kismis
 2 sudu kecil butter untuk disapukan pada loyang pembakar.

 1. Sediakan blender, masukkan telur dan gula dan blenderkan hingga gula larut.
 2. Masukkan santan, vanilla dan garam dan putarkan dalam sesaat dua.
 3. Masukkan tepung yang disatukan bersama kastad dan putar lagi hingga adunan sebati
.4. Panaskan oven pada suhu 180 d C dan sapukan acuan dalam oven/ketuhar dan panaskan acuan selama seminit dan keluarkan.
 5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan taburkan sedikit kismis dan simpan sedikit apabila bingka hampir masak , keluarkan dan taburkan lagi sebahagian daripada kismis, supaya ia tidak tenggelam. Bakar hingga kekuningan selama 30-35 minit. Anggaran bancuhan harus tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...