Selasa, Ogos 07, 2012

Kurma Daging



Bulan bulan puasa ni, jarang masak masakan pedas.. takut perut meragam, hanya apabila teringin sahaja baru memasaknya.. Ini merupakan 'request dari Encik Hubby.. elok jugalah tu, bila masak lauk, tak payah susah susah pada waktu sahur, nak masak lain, hanya bangun dan panaskan saja dan terus hidang.. Makan dengan nasi putih panas panas tentu menyelerakan. Masakan kurma daging dan ayam, banyak mengikut selera masing masing kerana ada yang suka menambahkan buah keras, dadih/tairu tapi bagi saya, saya suka yang simple simple jelah.. serbuk kurma lebih selesa.. tapi kuah jika pekat, tetapi tidak terlalu pekat, cukup asam garam dan berminyak sedikit minyak dipermukaan kuah itu pun dah memadai...



Bahan bahan
1 mangkuk daging batang pinang
2 biji kentang dibelah empat
1 kotak santan kelapa
2 sudu besar rempah kurma (Baba's)
1 labu bawang besar (dadu)
1 batang serai (diketuk)
1 biji tomato (belah empat)
2 ulas bawang putih dan 2 hirisan halia (ditumbuk)
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 cm kayu manis
2 camca besar minyak sapi

1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.

2. Masukkan rempah kurma yang dicampurkan dengan sedikit air dan tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan daging dan kacau sebentar hingga daging menjadi kecut dan masukkan sedikit air (anggaran 1 cawan)  sebelum memasukkan santan kotak. Tambahkan air supaya tidak terlalu pekat dan renih hingga daging menjadi empuk.

4. Masukkan asam keping,sera dan ubi kentang apabila daging hampir empuk dan renih lagi hingga ubi menjadi lembut.

** Boleh juga dimasukkan cili merah/hijau, atau daun pudina untuk menambahkan lagi perisa kuah kurma ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...